Mitra kembali ke JPM: 3 bulan dah terbazir, kata MIPP

Shopee Sale

Parti Rakyat India Malaysia (MIPP) menganggap Anwar Ibrahim membuang masa lebih tiga bulan apabila meletakkan Unit Transformasi Masyarakat India (Mitra) di bawah Kementerian Perpaduan Negara sebelum mengambil langkah terbaru seperti diumum semalam.

Timbalan Presiden MIPP, S Subramaniam, berkata keputusan kerajaan mengembalikan Mitra di bawah kendalian Jabatan Perdana Menteri (JPM) memang dialu-alukan namun pada masa sama menunjukkan Anwar tidak konsisten.

"Saya menyambut baik keputusan itu dan sebenarnya ia memang yang diminta dan ditekan oleh rakyat.

"Bagaimanapun ia dibuat selepas tiga bulan dibazirkan sebelum Mitra di pindahkan dari Kementerian Perpaduan Negara ke JPM.

"Sepanjang tempoh tiga bulan di bawah kementerian berkenaan, tiada sebarang perkembangan Mitra," katanya kepada Malaysiakini.

Tambah Subramaniam lebih mengecewakan apabila dua timbalan menteri dari PKR bertikam lidah mengenai keberadaan Mitra.

Keadaan itu, katanya, sekali lagi membuktikan Anwar selaku perdana menteri tidak konsisten menguruskan isu melibatkan masyarakat India.

Semalam, jurucakap kerajaan Fahmi Fadzil berkata Mitra akan diletakkan semula di bawah JPM selepas berada di bawah kendalian Kementerian Perpaduan Negara tiga bulan lalu.

Fahmi berkata keputusan itu dibuat bersama Anwar dan Menteri Perpaduan Negara, Aaron Ago Dagang.

Perkenal teknologi digital

Sebelum ini, Timbalan Menteri Perpaduan Negara K Saraswathy dalam sesi libat urus Mitra bersama ahli parlimen dan Adun India mendakwa semasa Mitra berada di bawah JPM unit itu pernah mengadakan mesyuarat di bar dan kafe.

Namun, Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, R Ramanan, yang juga bekas pengerusi Jawatankuasa Khas Mitra mencabar Saraswathy menunjukkan bukti ia berlaku atau meletakkan jawatan jika gagal berbuat demikian.

Saraswathy adalah salah seorang naib presiden PKR, sementara Ramanan merupakan ahli majlis pimpinan pusat parti itu.

Ahli Parlimen Batu P Prabakaran yang juga dari PKR kini menggantikan Ramanan selaku pengerusi baru Jawatankuasa Khas Mitra.

Sementara itu, bekas ahli parlimen Klang Charles Santiago meminta perdana menteri melantik individu yang mempunyai kefahaman yang jelas terhadap konsep pembangunan masyarakat.

Charles Santiago

"Tolong dapatkan individu yang arif dalam konsep pembangunan. Mitra bukan agensi sekadar mengedarkan duit kepada NGO dan persatuan.

MENARIK:  Budak perempuan maut dilanggar lari, polis tahan pemandu lelaki

"Pihak yang akan mengendalikan Mitra selepas ini perlu mempunyai pengalaman dan kepakaran dengan konsep pembangunan," katanya.

Dia turut berkongsi pengalaman berjumpa Menteri Luar Negeri India S JaiShankar yang memberitahu bagaimana mereka memperkasakan teknologi digital di negara itu.

"Ketika melawat Malaysia baru-baru ini, menteri itu memberitahu bahawa dia membelanjakan dana untuk memperkenalkan teknologi digital dalam kalangan murid tadika di negara itu.

Tetapi, di sini, kita bincang pasal peruntukan membuat muruku.

"Ini perlu dihentikan. Ini bukan pemikiran ke hadapan. Perdana menteri mesti berhati-hati memilih siapa yang boleh melakukan tugas ini agar kita boleh melihat perkembangan dalam masa dua tahun," katanya.

Dalam pada itu, lebih 55 NGO menyambut baik keputusan kerajaan mengembalikan Mitra ke JPM.

Untuk rekod, pada Feb lalu 55 terbabit menghantar memorandum kepada kerajaan untuk mendesak agar Mitra diletak semula di bawah JPM.

Mitra pada asalnya dikenali sebagai unit Pembangunan Sosioekonomi Komuniti India (Sedic) yang ditubuhkan pada 2014.

Selepas PH menjadi kerajaan pada 2018, Sedic dijenamakan semula sebagai Mitra dan dipindahkan ke Kementerian Perpaduan Negara. Pada Sept 2022, ia kembali diletakkan di bawah JPM ketika pentadbiran Ismail Sabri Yaakob.

Bagaimanapun pada Disember lepas, Mitra diletakkan semula di bawah Kementerian Perpaduan Negara.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular