Mkini serah senarai projek sawit langgar peraturan MSPO pada menteri

Shopee Sale

Malaysiakini telah menyerahkan kepada pejabat Menteri Perladangan dan Komoditi Johari Abdul Ghani senarai projek perladangan kelapa sawit baru diluluskan oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS) yang melibatkan penebangan hutan selepas 2020.

Menteri itu meminta maklumat tersebut semasa sidang media ketika dia menyatakan bahawa selepas 2020 ladang kelapa sawit tidak dibenarkan dibuka di atas kawasan hutan.

Pada 2017, kerajaan bersetuju untuk melaksanakan pensijilan Pensijilan Minyak Sawit Mampan (MSPO) secara mandatori yang melarang penukaran hutan semula jadi kepada ladang kelapa sawit selepas 31 Dis 2019.

Bagaimanapun, dalam laporan khas bulan lalu, Malaysiakini mendedahkan JAS meluluskan sekurang-kurangnya tujuh projek perladangan kelapa sawit baru meliputi kawasan seluas 14,244 hektar atau bersamaan separuh saiz Pulau Pinang.

Apabila perkara ini diketengahkan kepada menteri, dia meminta senarai projek itu dan butiran lanjut telah diserahkan semalam.

“Isu ini melibatkan kerajaan negeri.

“Beri saya senarai dan nyatakan negeri mana yang terlibat, dan saya akan pergi berjumpa ketua menteri atau menteri besar untuk menjelaskan kepada mereka (bahawa buah sawit ini tidak boleh dijual),” kata Johari.

Terdahulu, menteri itu ketika ditemui selepas merasmikan forum kepelbagaian hayat di Genting Highlands berkata jika hutan itu ditebang sebelum 2020, maka tiada apa-apa yang menghalang untuk beralih daripada tanaman lain kepada ladang kelapa sawit.

"Tetapi jika anda membersihkan tanah selepas 2020 dan menanam kelapa sawit, kami tidak boleh menerima amalan itu.

“Anda juga tidak akan mendapat lesen operasi daripada Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB)," tambahnya.

Apabila dimaklumkan bahawa projek-projek ini telah mendapat kelulusan JAS, Johari menjawab:

"Anda boleh membersihkan hutan, tetapi apabila anda menanam kelapa sawit, anda tidak boleh menjual, tidak mungkin anda akan dapat mengeksportnya."

Johari ketika berucap merasmikan forum sebelum ini berkata kerajaan Malaysia tidak akan meluluskan mana-mana ladang kelapa sawit yang dibangunkan dengan membersihkan hutan selepas 2020, tetapi akan memberi tumpuan kepada peningkatan hasil ladang sedia ada.

MENARIK:  'Kerajaan tumpu sedia rawatan terhadap individu cuba bunuh diri'

Dia berkata ini bagi menunjukkan kemampanan industri minyak sawit Malaysia kepada masyarakat antarabangsa.

Selain melarang penukaran hutan semula jadi menjadi ladang kelapa sawit selepas 31 Dis 2019, langkah lain yang dilaksanakan termasuk mengehadkan jumlah kawasan tanaman kelapa sawit kepada 6.5 juta hekta.

Namun begitu, Malaysiakini mendapati JAS meluluskan sekurang-kurangnya tujuh projek perladangan kelapa sawit di Pahang, Kelantan, Johor dan Perak.


BACA BERKAITAN: Ada balak di balik sawit


Laporan itu juga menunjukkan bahawa sebuah syarikat berkaitan kerajaan Pahang, PKNP, telah membersihkan 539 hektar hutan selepas 2020, tetapi masih memperoleh pensijilan MSPO.

Tambahan pula, PKNP dilapor memusnahkan zon tebing sungai, tidak mematuhi pelan pengurusan alam sekitar (EMP) dan menjalankan aktiviti pembakaran terbuka.

Amalan ini telah melanggar peraturan MSPO dan peraturan JAS, tetapi PKNP terus membersihkan hutan atas nama pembangunan ladang kelapa sawit.

[Baca berita asal]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular