MOF: Hutang isi rumah RM1.53 trilion pada tahun lalu

Shopee Sale

Hutang isi rumah secara agregat pada tahun lepas adalah berjumlah RM1.53 trilion, menurut Kementerian Kewangan.

Dalam jawapan bertulis Parlimen semalam, kementerian itu menyatakan hutang tersebut merangkumi pinjaman perumahan (60.5 peratus), diikuti pinjaman kenderaan (13.2 peratus) dan pembiayaan peribadi (12.6 peratus).

Pinjaman lain antaranya pembelian hartanah bukan kediaman, hutang kad kredit dan sekuriti.

"Nisbah hutang isi rumah berbanding Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada akhir 2023 pula meningkat sedikit kepada 84.2 peratus berbanding tahun 2018 (82 peratus)," kata kementerian itu.

Ia bagi menjawab pertanyaan Pang Hok Liang (PH-Labis) yang meminta kementerian menyatakan jumlah hutang isi rumah negara dari 2018 hingga 2023.

Menurut Kementerian Kewangan lagi, hutang isi rumah pada 2023 menunjukkan peningkatan ketara berbanding tahun-tahun sebelumnya.

"Secara agregatnya, jumlah hutang isi rumah bagi tahun sebelumnya adalah seperti berikut: 2022 (RM1.45 trilion), 2021 (RM1.38 trilion), 2020 (RM1.32 trilion), 2019 (RM1.25 trilion) dan 2018 (RM1.19 trilion)," katanya lagi.

Dalam perkembangan lain, Kementerian Kewangan berkata golongan berpendapatan rendah - atau B40 - lebih terdedah kepada kesan kejatuhan ringgit, berikutan perbelanjaan makanan dan minuman yang lebih tinggi, iaitu 34.5 peratus, daripada perbelanjaan bulanan mereka.

Dalam jawapan bertulis kepada Larry Sng Wei Shien (PBM-Julau) semalam, kementerian itu berkata kerajaan mengambil pelbagai langkah bagi menangani peningkatan kos sara hidup rakyat, termasuk pelaksanaan inisiatif Rahmah.

MENARIK:  Agong harap lebih banyak syarikat China melabur di Malaysia

Selain itu, langkah kawalan harga juga dilaksanakan dan subsidi barangan keperluan disediakan kepada rakyat, kata kementerian itu.

Terdahulu Sng meminta kerajaan menyatakan kesan penurunan nilai ringgit terhadap ekonomi negara, khususnya terhadap pendapatan isi rumah dan sektor pembuatan.

Kementerian memberi jaminan bahawa kesan kejatuhan ringgit terhadap Indeks Harga Pengguna (CPI) masih terkawal.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular