MOF kaji cadangan perluas pengecualian CGT syarikat tak tersenarai Bursa

Shopee Sale

Kementerian Kewangan (MOF) akan mengkaji secara mendalam mengenai cadangan memperluaskan pengecualian Cukai Keuntungan Modal (CGT) kepada syarikat yang tidak tersenarai di Bursa Malaysia.

Timbalan Menteri Kewangan Lim Hui Ying berkata setakat ini hanya ada empat pengecualian CGT diberikan kepada pelupusan saham tidak tersenarai bagi aktiviti-aktiviti perniagaan seperti tawaran awam permulaan (IPO); penstrukturan syarikat dalam kumpulan yang sama (internal restructuring); syarikat modal teroka; dan unit amanah.

“Ketika ini, empat kumpulan berkenaan dikecualikan daripada CGT. Saya faham dan mengambil maklum cadangan Yang Berhormat (Pasir Mas), kerajaan akan mengkaji dengan lebih lanjut lagi mengenainya,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan tambahan Ahmad Fadhli Shaari (PN-Pasir Mas) yang mencadangkan kerajaan untuk memperluaskan lagi pengecualian CGT kepada syarikat yang tidak tersenarai di Bursa Saham bagi memberikan lebih lagi ‘buffer’ (penampan) kepada pemilik-pemilik saham yang tidak tersenarai.

Menerusi pelaksanaan CGT mulai 1 Mac 2024, kerajaan mengunjurkan tambahan hasil sekitar RM800 juta setahun berdasarkan trend pindah milik saham sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Hasil sesi perbincangan dengan penggiat industri pasaran modal mengenai kesan CGT ke atas agihan keuntungan kepada pemegang unit, kerajaan telah bersetuju untuk mengecualikan unit amanah daripada kenaan CGT berkuat kuasa mulai 1 Januari, 2024 sehingga 31 Disember, 2028.

MENARIK:  Kontena jual arak, rokok seludup kena serbu

Kerajaan turut memberi pengecualian CGT terhadap keuntungan daripada pelupusan aset modal asing oleh unit amanah yang diremitkan ke Malaysia.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular