MOU: Muhyiddin patut lapang dada, besar hati – Fahmi

Shopee Sale

Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin diminta supaya lebih bersikap seperti negarawan dan mengambil pendekatan berlapang dada serta berbincang dalam isu draf Memorandum Persefahaman (MoU) mengenai peruntukan untuk ahli Parlimen Pembangkang.

Jurucakap Kerajaan Perpaduan Fahmi Fadzil berkata Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu seharusnya mengetepikan sikap bongkak dan angkuh demi masa depan negara.

"Saya mohon Tan Sri Muhyiddin untuk lebih bersikap sebagai seorang negarawan, lapangkan dada, besarkan hati, duduk di meja rundingan dan kita bincang. Kalau selepas ini ada mana-mana Ahli Parlimen pembangkang yang ingin mengeluh jangan salahkan sesiapa, kecuali Presiden PN.

"Saya percaya ramai dalam kalangan ahli Parlimen PN yang ingin lihat sama ada peruntukan ataupun beberapa perkara yang ingin mereka lakukan itu dimasukkan dalam satu MoU," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui sebelum Himpunan Gerakan Rakyat berlangsung di Axiata Arena di Kuala Lumpur, hari ini.

Terdahulu Muhyiddin dilaporkan berkata PN tidak akan mengemukakan sebarang cadangan baharu berkaitan draf MoU tersebut.

Selain itu beliau turut sekali lagi menegaskan akan tetap dengan keputusan menolak MoU peruntukan berkenaan yang disifatkan bertentangan dengan perlembagaan dan sifat murni rakyat Malaysia.

MENARIK:  Peruntukan MPHS: Nga sedia beri kerjasama kepada SPR

Dalam pada itu Fahmi yang juga Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat (PKR) menjangkakan seramai 10,000 orang akan menyertai Himpunan Gerakan Rakyat malam ini.

Himpunan Gerakan Rakyat dengan tema ‘Dari Reformasi ke Malaysia MADANI' dianjurkan bagi memperingati detik bermulanya gerakan reformasi 26 tahun lepas.

Antara pengisian perhimpunan itu termasuk penceritaan sejarah gerakan reformasi, bacaan sajak, teater ringkas dan ucapan pemimpin-pemimpin reformasi.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular