MP Bukit Gantang: Mana 140,000 metrik tan beras tempatan?

Shopee Sale

Ahli Parlimen Bukit Gantang Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal menggesa Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) mendedahkan maklumat keberadaan 140,000 metrik tan beras tempatan seperti dimaklumkan dalam mesyuarat Majlis Tindakan Sara Hidup (Naccol) pada 20 Mac ini.

Ini selepas Syed Abu Hussin yang juga pengerusi pasukan petugas (kluster makanan) Naccol berkata bahawa keberadaan beras tempatan masih rendah.

"Dalam mesyuarat Naccol dipengerusikan oleh Perdana Menteri (Anwar Ibrahim) bahagian penguatkuasaan KPKM telah mengumumkan bahawa ada 140,000 metrik tan beras putih tempatan tersedia untuk dijual pada harga RM26

"Sebenarnya, pengumuman itu mengejutkan saya dan juga perdana menteri sendiri sebab selama tujuh bulan ini kita kehilangan beras putih tempatan. Tetapi, bagaimana tiba-tiba dalam mesyuarat keluar pula 140,000 metrik tan sehingga perdana menteri dalam kenyataan berkata apabila PM naik angin, beras tempatan keluar. Ini menjadi satu tanda persoalan.

"Jadi, saya meminta kementerian supaya disenaraikan semua kilang-kilang yang mengedarkan beras tempatan itu supaya kita tahu kilang mana yang menyimpan beras tersebut. Ini penting bagi kita untuk pastikan keberadaan beras tempatan di pasaran," katanya kepada Malaysiakini.

Sebelum ini, Anwar berkata laporan mengenai beras putih tempatan yang diberikan kepadanya dalam mesyuarat itu tidak selari dengan tawaran makanan asasi itu yang tiada di pasaran.

Katanya, ini kerana tinjauannya ke lapangan mendapati banyak aduan apabila beras putih tempatan memang wujud tetapi tidak dijual di kedai.

"Bila ditegaskan dalam mesyuarat kerana berapa pengeluaran kita tahu dan keputusan kerajaan semua keperluan polis, tentera dan sekolah asrama dalam kontrak kerajaan beli beras import supaya beras tempatan masih dalam edaran.

"Jadi bila kita tekankan itu, ada maklumat sekitar 140,000 metrik beras tempatan dalam edaran. Tak cukup untuk semua tetapi kita tumpukan kepada miskin bandar dan di kawasan kampung dan pedalaman," kata Anwar.

MENARIK:  Dron senjata baru Israel bunuh rakyat Palestin

Sementara itu, Syed Abu Hussin berkata bahawa kementerian juga perlu mendedahkan kawasan-kawasan yang diedarkan beras tempatan.

"Pasukan petugas kami setiap dua hari turun padang buat pemantauan. Daripada 60 lokasi yang kami membuat pemantauan cuma 10 sahaja ada beras tempatan. Baru-baru ini, Ketua Pengarah Kawal Selia Padi dan Beras (Azman Mahmood) dalam satu program televisyen berkata bahawa 140,000 metrik tan ini akan diedarkan dengan segera.

"Rakyat nak tahu di mana beras itu? Rakyat selama ini mungkin tak dapat bekalan beras yang sepatutnya kerana kegiatan manipulasi melibatkan kartel dan penguatkuasa.

"Jadi kali ini kita nak lihat apa yang akan berlaku, betul ke 140,000 metrik tan ini ada di pasaran atau tidak? Ini penting kerana ia melibatkan keputusan paling tinggi dalam negara iaitu Naccol, majlis yang ditubuhkan untuk memantau dan mengurangkan kos sara hidup, pemantauan itu penting supaya tidak ada penipuan," katanya.

Dihubungi kemudian, Azman berkata bahawa dia menyerahkan isu ini untuk dijawab oleh menteri KPKM Mohamad Sabu.

"Lebih baik, menteri yang menjawab," katanya.

Malaysiakini telah menghubungi kementerian untuk komen.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular