MP Bukit Gantang tak setuju harga beras diapungkan

Shopee Sale

Cadangan mengapungkan harga beras putih bagi mengatasi masalah kekurangan bekalan di pasaran tidak sama seperti harga ayam dan telur.

Ahli Parlimen Bukit Gantang Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal berkata, ini demikian kerana beras adalah makanan ruji dan tidak seperti ayam, telur dan ikan yang mempunyai alternatif.

Katanya, cadangan itu hanya menguntungkan pengilang dan pemborong.

"Saya tidak menerima cadangan mengapungkan harga beras putih yang hanya akan menguntungkan pengilang dan pemborong.

“Kalau ada cadangan untuk mengapungkan harga beras putih, saya kira ia tidak sama dengan ayam, ikan dan telur.

"Sebab ayam, ikan atau telur bukan makanan ruji. Ayam kalau tak makan, orang boleh makan ikan dan sebagainya. Tapi, beras adalah makanan ruji seluruh rakyat. Kalau tak makan tiga hari dia sudah pening kepala dia kena makan.

"Mengapungkan harga beras menjadi keadaan naik dan turun. Kerajaan mungkin tidak dapat kawal keberadaan beras tempatan di pasaran. Hanya pemain dan pasaran yang mengawal yang lebih terdedah kepada manipulasi. Sebab, industri keselamatan makanan bagi beras kena kawal dari awal," katanya kepada Malaysiakini.

Syed Abu Hussin yang juga pengerusi pasukan petugas (kluster makanan) Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (Naccol) berkata demikian sebagai mengulas beberapa cadangan mengapungkan harga beras.

Sebelum ini, Ahli Parlimen Bayan Baru Sim Tze Tzin, Presiden Persatuan Peruncit Bumiputera (BRO), Ameer Ali Mydin antara yang mencadangkan kerajaan mengapungkan harga beras.

Naccol yang dipengerusikan Perdana Menteri Anwar Ibrahim akan bermesyuarat pada 20 Mac inix untuk berbincang isu ketiadaan beras tempatan dan harga beras.

Mengulas lanjut, Syed Abu Hussin berkata cadangan mengapungkan harga beras akan membawa industri padi dan beras bergantung kepada harga pasaran antarabangsa.

MENARIK:  PRK Sungai Bakap: Polis lulus 25 permit ceramah, kempen bergerak, walkabout

"Kenaikan harga beras import sekarang ini adalah fenomena sementera kerana keputusan negara India membeku pengeksportan beras putih. Pakar industri ramalkan, keadaan kembali normal selepas pilihan raya parlimen negara itu yang dijadual antara April hingga Mei tahun ini.

"Jika berlakunya penurunan semula harga beras import dalam pasaran, maka harga padi juga akan turun. Bila harga pasaran beras dunia turun, maka pengilang dan pemborong akan banyak membeli daripada import.

"Akhirnya, pesawah tempatan yang akan terjejas. Manakala, rakyat kena terpaksa membeli beras import yang sudah tentu akan dijual lebih mahal berbanding beras tempatan," katanya.

Sebaliknya, Syed Abu Hussin berkata dia mempertahankan langkah selaraskan harga beras tempatan dan import.

"Kalau kita tetapkan harga lantai, sama ada harga beras import naik atau turun tidak akan memberi kesan kepada penghasilan beras tempatan," katanya lagi.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular