MP Kluang dilantik jadi pengerusi TalentCorp

Shopee Sale

Ahli Parlimen Kluang Wong Shu Qi dilantik sebagai pengerusi baru lembaga pengarah Talent Corporation Malaysia Bhd (TalentCorp), berkuat kuasa hari ini.

Pengumuman mengenai pelantikan ahli parlimen DAP dan tokoh penting lain ke TalentCorp dibuat oleh Menteri Sumber Manusia Steven Sim dalam satu kenyataan hari ini.

Wong juga merupakan timbalan pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) Parlimen dan menganggotai lembaga pemikir Research for Social Advancement (Refsa).

"Barisan ahli lembaga pengarah yang baru dilantik ini akan membawa perspektif baru dan strategi yang inovatif untuk membangunkan ekosistem bakat Malaysia melalui inisiatif-inisiatif TalentCorp.

“Pelantikan ini mencerminkan kepentingan berterusan TalentCorp sebagai badan pemikir strategik Kementerian Sumber Manusia (Kesuma), yang berdedikasi untuk menarik, memupuk, dan mengekalkan bakat Malaysia untuk terus maju dalam landskap yang berkembang pesat kerana tuntutan Masa Depan Kerja dan peningkatan globalisasi,” katanya.

Menurut Sim, timbalan Wong ialah Khuzzan Abu Bakar, bekas Exco Johor dan bekas Adun Semerah (dari PKR).

Ahli lembaga pengarah baru lain termasuk bekas ahli parlimen Umno Ketereh Alwi Che Ahmad, ketua setiausaha Kesuma Khairul Dzaimee Daud, dan bekas presiden Majlis Belia Malaysia Julfitri Joha.

TalentCorp ditugaskan untuk meningkatkan ketersediaan modal insan berkemahiran tinggi di Malaysia. Ini termasuk membawa pulang rakyat Malaysia di luar negara yang mempunyai kemahiran dan pengalaman dalam sektor pekerjaan kritikal tertentu di bawah Program Kepulangan Pakar (REP).

MENARIK:  Pemimpin k'jaan, pembangkang ucap takziah pada keluarga Nor Zamri

Di samping itu, agensi itu juga membawa warga bukan Malaysia berkemahiran tinggi ke negara ini melalui pemprosesan visa kerja ekspatriat melalui Pusat Perkhidmatan Ekspatriat Malaysia sehenti mereka (Pusat MyXpats).

Talentcorp juga mempunyai tanggungjawab untuk meningkatkan kualiti modal insan yang sedia ada di Malaysia. Ia memberi tumpuan kepada bidang latihan supaya ia tidak bertindih dengan HRD Corp dalam latihan dan peningkatan kemahiran pekerja yang ada dalam tenaga kerja.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular