Muda harap Fahmi terima jemputan Bersih untuk forum awam

Shopee Sale

Muda menyatakan sokongan terhadap langkah kumpulan reformasi pilihan raya Bersih untuk melibatkan Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil dalam forum awam untuk membincangkan isu pelesenan platform media sosial dan perkhidmatan pemesejan internet.

Muda dalam satu kenyataan berkata parti itu berharap Fahmi menerima jemputan Bersih yang dikeluarkan awal hari ini.

“Kami berharap akan menerima jemputan ini, dan tidak cuba mengalihkan tiang gol dengan menyerang pihak lain diatas keputusan yang dibuat yang mengundang kritikan dari banyak pihak.

"Kami turut menggesa menteri serta pejabatnya untuk melibatkan lebih banyak pihak berkepentingan di luar senarai jemputan, termasuk Lawyers for Liberty (LFL) yang tidak dijemput walaupun LFL antara yang paling banyak mengulas isu ini, dan menjalankan lebih banyak siri sesi libat urus sebelum sebarang keputusan diambil," kata Muda.

Jemputan Bersih kepada Fahmi dikeluarkan berikutan kenyataan menteri itu semalam bahawa hanya 27 daripada 79 badan telah menerima jemputan SKMM untuk sesi libat urus yang dianjurkan pada 15 Julai.

Rangka kerja kawal selia baru kerajaan untuk media sosial dan penyedia perkhidmatan pemesejan internet, yang dikuatkuasakan di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, berkuat kuasa semalam.

Fahmi, semasa sidang media di kementeriannya, turut memaklumkan bahawa Muda dan Gerakan Media Merdeka (Geramm) sebagai antara kumpulan yang tidak hadir.

Sebagai tindak balas, Muda menjelaskan bahawa ketidakhadiran mereka adalah disebabkan oleh notis yang sangat singkat - jemputan melalui e-mel daripada SKMM kepada setiausaha agung parti Amir Abdul Hadi pada 13 Julai, hanya dua hari sebelum sesi itu.

MENARIK:  Peruntukan RM20 juta beli pam air telah lama diluluskan - Anwar

“Kami kecewa dengan tindakan Fahmi yang mengambil kesempatan ini untuk memperlekeh Muda, Bersih, NGO-NGO dan juga institusi kerajaan yang tidak hadir dalam sesi tersebut, dan seakan-akan membelakangkan segala kritikan yang diterima dan cuba mengalih perhatian dari isu sebenar,” kata Muda.

Muda yang merupakan bekas sekutu PH turut mengulangi kritikan terhadap janji kerajaan untuk meminda undang-undang yang menyekat kebebasan media dan kebebasan bersuara.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular