Muda tidak akan sertai jelajah PN

Shopee Sale

Setiausaha Agung Muda Amir Abdul Hadi tampil memperjelaskan pengumuman Pengerusi PN Muhyiddin Yassin bahawa Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman akan menyertai jelajah gabungan itu.

"Ini bukan keputusan parti dan tak pernah dibincangkan di peringkat Jawatankuasa Eksekutif Pusat Muda.

"Untuk itu saya menafikan Muda akan sertai jelajah PN," katanya pada hantaran ringkas di media sosial X hari ini.

Terdahulu pada hari ini, Muhyiddin berkata Syed Saadiq telah menyatakan kesediannya untuk bersama di pentas PN nanti.

"Pasal Syed Saddi pun menyokong kita. Walaupun beliau tidak menyertai dalam PN, tapi pro kita," kata pengerusi PN itu pada sidang media selepas majlis penutup Konvensyen PN di Kuala Lumpur, hari ini.

Siri jelajah itu yang akan bermula selepas Ramadan, menurut Muhyiddin juga akan memberi penjelasan kepada rakyat berhubung kedudukan dan perananan PN.

MENARIK:  Khazanah lancar dana RM1 bilion untuk syarikat berpertumbuhan tinggi

Malaysiakini sedang menghubungi Syed Saddiq bagi mendapatkan maklum balas lanjut mengenai perkara ini.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular