Muda wajar biarkan Syed Saddiq bereksperimen, kata Ilham Centre

Shopee Sale

Muda harus membiarkan bekas presidennya Syed Saddiq Syed Abdul Rahman melakukan 'eksperimen' melalui kerjasama bersama PN untuk melihat sambutan masyarakat terhadap mereka.

Pengarah Eksekutif Ilham Centre, Hisommudin Bakar, juga berpendapat Muda perlu membuat keputusan untuk memilih bersama gabungan utama politik, sama ada PH atau PN, sekiranya mereka ingin kekal relevan.

Tegasnya, Muda harus lebih terbuka dan tidak terlalu keras dalam melihat segala kemungkinan yang akan berlaku menjelang pilihan raya umum akan datang.

“Sebelum ini Syed Saddiq dan Muda telah bekerjasama dengan PH namun ia gagal setelah blok gabungan terbesar dalam kerajaan perpaduan itu meminggirkan mereka.

“Maka kali ini saya rasa tiada salahnya untuk Syed Saddiq diberi peluang bekerjasama dengan PN pula memandang dalam politik pelbagai kemungkinan boleh berlaku,” katanya kepada Malaysiakini.

Hisommudin Bakar

Syed Saddiq diumumkan bakal menyertai siri jerayawara digerakkan PN dalam tempoh terdekat. Perkara itu diumumkan oleh pemimpin tertinggi PN, Muhyiddin Yassin, semasa menghadiri konvensyen wakil rakyat parti itu Sabtu lalu.

Bagaimanapun Muda memberitahu parti itu tidak menjalin sebarang kerjasama dengan mana-mana pihak termasuk PN buat masa ini.

Pemangku presiden parti itu Amira Aisya Abdul Aziz bahkan menegaskan ketika ini kerjasam rasmi mereka hanya dengan Parti Sosialis Malaysia (PSM).

Semalam pula Syed Saddiq menjelaskan dia menyertai kempen yang turut disertai NGO dan gerakan sivil berkenaan atas dasar ia melibatkan kepentingan rakyat.

Tiada nilai tambah

Kata bekas ketua Pemuda Bersatu (Armada) itu lagi, siri jelajah ke seluruh negara itu menjadi platform rentas parti.

Kata Hisomuddin, sekiranya Muda berani mengambil keputusan untuk bersama PN, tidak mustahil imej gabungan pembangkang yang kini dilihat bersifat kanan akan lebih harmoni di mata masyarakat.

“Saya percaya kemasukan Muda sedikit sebanyak mampu membawa idea-idea reformasi sivil dan kepelbagaian kaum di dalam parti itu.

“Sebelum ini, kelemahan paling ketara dalam PN ialah gabungan tersebut gagal menarik sokongan kaum bukan Melayu yang kelihatan kukuh bersama PH,” jelasnya.

Anis Sina

Sementara itu, penganalisis dari firma bebas O2, Anis Sina, menyatakan tindakan Syed Saddiq tidak seharusnya terlalu terikat dengan Muda memandangkan ahli parlimen Muar itu bukan lagi presiden parti.

MENARIK:  Lebih 14,000 aduan diterima melalui MyJalan - Ahmad

Namun Anis melihat, pembabitan mereka dengan PN tidak akan mendatangkan nilai tambah kepada blok pembangkang sebaliknya menguntungkan Muda.

“Penyertaan ini lebih signifikan kepada Muda kerana mereka perlu menumpang kekuatan parti arus perdana jika ingin meneruskan kelangsungan hayat politik parti itu,” katanya.

Pada masa sama, Anis berkata, walaupun ideologi parti dalam PN dan Muda berbeza, ia tidak akan menghalang kerjasama kerana politik Malaysia sentiasa dinamik.

Katanya ia boleh dilihat melalui kerjasama yang dibentuk PH dan BN selepas PRU ke-15 lalu walaupun kedua-dua parti membawa ideologi berbeza.

Dalam konteks kerjasama Muda-PN, kata Anis, jika ia berlaku, mereka wajar mencari kesepakatan dengan mengutamakan persamaan agenda

"Sementara itu perbezaan-perbezaan yang berlaku boleh dirunding secara diplomasi,” katanya.

Nabil Halimi

Pemuda PKR (AMK) pula berkata Muda wajar tidak terikut-ikut dengan rentak dibawa Syed Saddiq sebaliknya konsisten membentuk kuasa ketiga (third force) politik.

Dihubungi Malaysiakini, Ketua Penerangan AMK, Nabil Halimi, mendakwa langkah diambil Syed Saddiq kelihatan begitu mementingkan peribadi.

“Muda harus berani membuat keputusan yang tidak seiring dengan Syed Saddiq.

"Saya juga mengalu-alukan jika Muda menimbang kembali kemungkinan untuk menyertai semula kerajaan perpaduan,” katanya.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular