Mudir tahfiz, rumah anak yatim hadapi 5 tuduhan liwat pelajar

Shopee Sale

Seorang mudir rumah anak yatim dan pusat tahfiz di Bachok dan Machang, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di Kota Bharu hari ini terhadap lima pertuduhan meliwat pelajarnya sejak tiga tahun lepas.

Muzaidi Mohamad, 30, membuat pengakuan tersebut selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Nik Habri Muhamad.

Mengikut pertuduhan pertama hingga kelima, tertuduh didakwa meliwat tiga pelajar berkenaan yang berusia 12 hingga 15 tahun.

Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu di bilik mudir di sebuah rumah anak yatim di Bachok dan di dalam bilik tidur di sebuah maahad tahfiz di Machang kira-kira 10 pagi hingga 10 malam pada April 2021 hingga April tahun ini.

Daripada lima pertuduhan tersebut, empat pertuduhan melibatkan dua mangsa yang sama.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 14(d) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 (Akta 792) yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebat, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Faiz Fitri Mohamad dan Siti Edabayu Subhan, manakala tertuduh diwakili peguam Mohd Azrul Hasyimi Mohammad.

Ahmad Faiz Fitri memohon mahkamah tidak menawarkan sebarang jaminan kerana terdapat kebarangkalian saksi pendakwaan diganggu oleh tertuduh.

MENARIK:  PAS bersolidariti bersama Kok, kutuk ugutan bunuh

Mohd Azrul Hasyimi pula memohon jaminan paling rendah dikenakan memandangkan tertuduh menanggung keluarga dan mempunyai isteri serta anak masih kecil.

Mahkamah membenarkan jaminan sebanyak RM15,000 bagi setiap pertuduhan dengan seorang penjamin dan tertuduh tidak dibenarkan mengganggu saksi pendakwaan serta perlu melapor diri di balai polis berdekatan setiap bulan.

Hakim menetapkan 29 Mei ini bagi serahan dokumen.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular