Muhyiddin pernah 'gantung' Akta Hasutan kerana zalim, kata Marzuki

Shopee Sale

Bekas Ketua Setiausaha Sulit Perdana Menteri ke-8, Muhyiddin Yassin, tampil menjelaskan terdapat dasar moratorium (menggantung) Akta Hasutan ketika Presiden Bersatu itu menjadi menteri dalam negeri.

Marzuki Mohamad berkata, dia sendiri berada dalam jawatankuasa bagi mengkaji undang-undang zalim semasa Muhyiddin berkhidmat di Kementerian Dalam Negeri (KDN).

Menegaskan mahu "jawab siang-siang" Marzuki berkata akan ada kemungkinan laskar upahan BN-PH mempersoalkan mengapa Muhyiddin tidak menghapuskan Akta Hasutan.

"Saya nak jawab siang-siang.

"Saya duduk dalam jawatankusa mengkaji undang-undang zalim semasa di KDN dulu. Anggotanya terdiri daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Peguam Negara (ACG), Majlis Peguam, wakil NGO dan lain-lain," katanya.

Tambah Marzuki, ada enam undang-undang yang dikaji oleh badan itu termasuk Akta Hasutan.

"Sementara akta ini dalam kajian, ada dasar moratorium iaitu Akta Hasutan tidak digunakan untuk mendakwa sesiapa pun.

"Dasar ini dilaksanakan oleh PDRM dan AGC pada masa itu," katanya dalam hantaran di Facebook.

Marzuki berkata demikian sebagai mengulas pendakwaan dikenakan terhadap Muhyiddin di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan, semalam.

Siapa yang zalim

Muhyiddin yang juga Pengerusi PN mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di Mahkamah Sesyen Gua Musang, di hadapan hakim Nik Mohd Tarmizie Nik Mohd Shukri.

Selain Bersatu, beberapa pihak termasuk dalam kalangan anggota kerajaan sebelum ini turut menyuarakan bantahan mereka terhadap langkah mendakwa seseorang menggunakan Akta Hasutan.

Untuk rekod selepas PRU ke-14 (2018), Muhyiddin merupakan menteri dalam negeri ketika Dr Mahathir Mohamad menjadi perdana menteri dalam kerajaan PH. Bersatu merupakan salah satu parti komponen PH sebelum ia meninggalkan gabungan tersebut pada Feb 2020.

MENARIK:  Tiga ditahan kerana didakwa ugut pelanggan McD di Kuantan

Kejatuhan PH kemudian membolehkan Muhyiddin dilantik sebagai perdana menteri baru. Jawatan menteri dalam negeri disandang Setiausaha Agung Bersatu, Hamzah Zainudin.

Apabila Muhyiddin berundur dan tempatnya sebagai perdana menteri digantikan oleh Ismail Sabri Yaakob, jawatan di KDN itu kekal dipegang Hamzah.

Marzuki dalam kenyataan sama turut membidas kerajaan perpaduan yang didakwanya menggunakan akta tersebut walaupun sebelum ini mereka menganggap ia sebagai zalim.

"Dulu (PH) berguling-guling atas jalan raya kata ini akta zalim. Draconion law. Darjah kezalimannya nombor wahid. Dalam manifesto jelas berjanji nak hapus Akta Hasutan kerana ia zalim.

"Sekarang dah tak zalim?" katanya.

Marzuki berkata Muhyiddin - yang didakwa bercakap mengenai isu 3R semasa berkempen di Nenggiri, Kelantan, hanya membangkitkan soal perlembagaan.

"Soalan itu adalah valid (sah) tetapi dituduh di bawah Akta Hasutan. Siapa yang zalim?" soalnya.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular