Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Muhyiddin Yassin telah menyerahkan 114 akuan berkanun (SD) yang menyokong dirinya sebagai perdana menteri selepas pilihan raya umum ke-15 pada November 2022 kepada polis.
Dia juga menyerahkan surat daripada setiausaha sulit kepada Yang di-Pertuan Agong ketika itu, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, yang mengesahkan bahawa baginda telah menerima pengisytiharan itu pada 21 Nov 2022.
Ini adalah antara dokumen yang diberikan oleh Muhyiddin kepada polis sebagai sebahagian daripada siasatan mereka terhadap dakwaan bahawa dia telah menghina baginda dengan mendakwa dirinya tidak dijemput untuk membentuk kerajaan selepas PRU15 walaupun mendapat sokongan 115 ahli Parlimen - termasuk dirinya sendiri .
Muhyiddin, yang enggan bercakap kepada wartawan selepas memberi keterangan kepada polis, mengulangi dalam satu kenyataan bahawa ucapannya semasa ceramah di Nenggiri adalah fakta dan bukan bertujuan untuk memperlekehkan Al-Sultan Abdullah.
[Berita penuh menyusul]