Muhyiddin: Terima kasihlah Anwar kerana turunkan harga telur 3 sen

Shopee Sale

Muhyiddin Yassin menjangkakan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim akan mengumumkan satu mekanisme komprehensif untuk menurunkan harga barang.

Bagaimanapun, kata bekas perdana menteri itu, jangkaannya meleset apabila tiada sebarang kenyataan mengenai pakej ekonomi dan bantuan rakyat bernilai RM4 bilion yang bersamaan dengan jumlah penjimatan perbelanjaan kerajaan hasil penyasaran subsidi diumumkan.

“Namun yang diumumkan hanyalah penurunan harga telur yang melibatkan perbelanjaan kerajaan sebanyak RM100 juta sahaja.

“Jangkaan saya meleset,” katanya dalam satu hantaran di Facebook.

Semalam, Anwar menerusi satu kenyataan berkata, kerajaan memutuskan harga runcit telur ayam seluruh negara diturunkan 3 sen sebiji. 

Katanya, ini selaras usaha mengembalikan hasil penjimatan penyasaran subsidi kepada rakyat.

Sehubungan itu, harga runcit bagi telur ayam gred A, B dan C masing-masing turun kepada 42 sen, 40 sen dan 38 sen sebiji berkuat kuasa semalam.

Dalam kenyataan yang sama, perdana menteri berkata, kerajaan masih menanggung sekitar RM7 bilion subsidi berkaitan diesel di Semenanjung Malaysia.

Sambil menjelaskan subsidi tidak dihapuskan, katanya,  apa yang dilakukan adalah memastikan pengurusan subsidi yang lebih cekap, tidak tiris dan sampai kepada kumpulan rakyat yang selayaknya.

Pada 15 Jun lalu, Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil selaku jurucakap kerajaan Madani mengumumkan perdana menteri akan membuat satu pengumuman baik berkenaan barangan makanan keesokan harinya.

Katanya pengumuman itu adalah hasil kerjasama baik dan persefahaman dicapai di antara pihak kerajaan dan sektor industri sebagai usaha membantu rakyat.

MENARIK:  'Bantuan Budi Madani beri penjimatan, kurangi beban rakyat'

Namun, ia tidak menjadi kenyataan, sebaliknya Anwar semalam hanya mengeluarkan kenyataan mengumumkan harga telur diturunkan.

Mengulas lanjut, Muhyiddin berkata, sebenarnya banyak lagi barangan keperluan yang seharusnya diturunkan harganya.

“Terima kasihlah perdana menteri kerana mengumumkan penurunan harga telur sebanyak 3 sen. Katanya ini sebahagian daripada usaha kerajaan untuk mengembalikan hasil penjimatan penyasaran subsidi diesel kepada rakyat.

“Cuma yang naik harga selepas penarikan balik subsidi diesel bukan telur sahaja. Banyak lagi barang dan perkhidmatan yang naik harga. Ini termasuk tambang bas sekolah,” katanya lagi.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular