Muhyiddin umum Syed Saddiq sertai jelajah PN

Shopee Sale

Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman akan bersama PN untuk menjelajah ke seluruh negara bagi memberi penjelasan mengenai isu semasa negara.

Pengerusi PN Muhyiddin Yassin berkata Syed Saadiq telah menyatakan kesediannya untuk bersama di pentas PN nanti.

Siri jelajah itu juga akan memberi penjelasan kepada rakyat berhubung kedudukan dan perananan PN.

"Pasal Syed Saddi pun menyokong kita. Walaupun beliau tidak menyertai dalam PN, tapi pro kita.

"Kita PN di peringkat tertinggi telah buat keputusan, kita akan mengadakan jelajah di semua negeri untuk menjelaskan isu-isu semasa...

“Dan mendengar rintihan rakyat di bawah dan apa perananan PN boleh lakukan," katanya pada sidang media selepas majlis penutup Konvensyen PN di Kuala Lumpur, hari ini.

Malaysiakini sedang menghubungi Syed Saddiq dan kepimpinan Muda bagi mendapatkan maklum balas lanjut mengenai pengumuman pengerusi PN ini.

Dalam pada itu, Muhyiddin berkata siri jelalah itu akan berlangsung selepas Ramadan nanti.

Katanya, PN memberi fokus kepada usaha sebagai langkah untuk menarik sokongan rakyat kepada parti itu.

Mengulas mengenai isu wakil rakyat PN tidak mempunyai peruntukan yang menyebabkan tujuh wakil rakyat Bersatu beralih sokongan tidak berbangkit lagi.

MENARIK:  MTF: Syarikat pelancongan rugi RM3,600 bagi setiap bas, setiap bulan

Penjelasan mengenai telah diberikan supaya wakil rakyat PN dapat menjelaskan kepada masyarakat bahawa soal peruntukan pembangunan di sesebuah kawasan adalah tugas kerajaan.

"Kita sentuh soal itu, kita banyak berikan nasihat khususnya Tuan Ibrahim , tak jadi halangan wakil rakyat bekerja dengan berkesan.

"Kerana rakyat tahu Kita pembangkang...kita memang tak ada duit," katanya lagi.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular