Murtad: Mahkamah syariah tak lebih rendah dari sivil – Mahkamah Persekutuan

Shopee Sale

Kedudukan mahkamah syariah tidak lebih rendah berbanding mahkamah sivil.

Perkara itu diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan–mahkamah tertinggi di negara ini–memandangkan kedua-duanya merupakan cabang berbeza dalam sistem perundangan Malaysia yang diiktiraf oleh perlembagaan.

Hakim Mahkamah Persekutuan Abu Bakar Jais berkata demikian dalam keputusan majoriti 2-1 yang menolak usaha seorang wanita 36 tahun yang mahu membatalkan pengislamannya ketika waktu kanak-kanak.

Katanya, keputusan majoriti–yang turut melibatkan presiden Mahkamah Mahkamah Rayuan Amar Abang Iskandar Abang Hashim–tidak bersetuju dengan hujah pemohon bahawa  mahkamah syariah cuma setara dengan tribunal yang lebih rendah dan tidak boleh dibandingkan dengan mahkamah syariah.

Peguam wanita itu menyandarkan hujah mereka kepada keputusan Mahkamah Persekutuan pada 2018 melibatkan pengislaman anak secara sebelah pihak melibatkan guru tadika M Indira Gandhi. 

Mahkamah itu memutuskan bahawa penukaran agama kanak-kanak hanya boleh dilakukan dengan persetujuan bersama ibu dan bapa.

MENARIK:  'Misi kapal hantar bantuan ke Gaza tetap diteruskan'

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular