Muruku laris menjelang Deepavali

Shopee Sale

Menjelang sambutan Pesta Cahaya, muruku, juadah tradisional ikonik masyarakat India, menjadi antara snek ruji di kebanyakan kediaman penganut agama Hindu di seluruh negara ini.

Lantaran itu, tidak menghairankan jika penjual snek tradisional India memanfaatkan sepenuhnya kedatangan Deepavali bagi meraih pendapatan tambahan, antaranya ialah G Jeyacanth, 46.

Menurut generasi ketiga pemilik kedai snek India Selera Snacks, di Petaling Jaya, Selangor ini, mereka menghasilkan lebih 5,000 keping muruku setiap hari yang merupakan bukan perkara mudah.

“Kami beroperasi setiap hari dari 8 pagi hingga 10 malam dan kami menyediakan muruku menggunakan kaedah tradisional dengan tangan. Saya terpaksa menyusun penggiliran pekerja  bagi memenuhi permintaan,” katanya kepada Bernama ketika ditemui di kedainya baru-baru ini.

Jeyacanth berkata sekalipun menerima pertanyaan dari seluruh negara serta Singapura, beliau terpaksa mengehadkan edaran kerana tidak mahu menjejaskan kualiti muruku beliau yang ranggup serta tidak mengandungi bahan pengawet. 

“Muruku saya hanya boleh disimpan paling lama 15 hari,” ujar beliau.

Selera Snack yang beroperasi sejak lebih 30 tahun lalu, menawarkan muruku dan biskut dalam lebih 20 perisa.

Ketika musim perayaan, kedainya mampu menjual hingga 1,500 bekas muruku dengan setiap satu mengandungi 95 ke 100 keping snek itu.

Sementara itu, V Sumathi, 50, yang mengusahakan Vannavil Home-made Cookies di Johor Bahru, Johor, meluahkan rasa gembira berikutan jualan yang laris pada tahun ini.

“Setakat ini kita berjaya jual lebih 1,000 balang muruku dan kedatangan pelanggan begitu ramai pada hujung minggu ini kerana Deepavali cuma tinggal beberapa hari sahaja lagi,” katanya dalam temu bual secara dalam talian.

Mengambil inspirasi daripada ibunya apabila menceburkan diri dalam bidang perniagaan, Sumathi hanya dapat menjual 20 balang muruku di peringkat awal perniagaannya. Kini, beliau menawarkan lebih 60 jenis biskut dan lapan perisa muruku, memenuhi kehendak pelanggan yang merentasi kaum.

MENARIK:  Parti Hijau masih menanti jawapan untuk didaftarkan

 N Pusparani, 58, yang berpangkalan di rumahnya di Ipoh, Perak, berkongsi rasa cintanya yang  mendalam terhadap snek dan halwa kaum India.

“Saya mula menjual muruku kerana saya sukakan kaitannya dengan budaya dalam masyarakat Hindu, dan muruku juga digemari oleh kebanyakan rakyat Malaysia,” katanya. 

Semasa musim perayaan, Pusparani menyasarkan jualan sebanyak 300 balang muruku dan menerima tempahan dari Johor, Melaka dan Pulau Pinang selain Perak.

Di Melaka, A Kasthury, 35, yang juga berpangkalan di rumah, berkata beliau gembira dapat membantu meringankan beban keluarga menerusi jualan murukunya.

“Di peringkat awal saya bermula dengan hanya 10 balang, dan tahun ini, saya menerima pesanan sebanyak 25 balang,” katanya, menambah pelanggannya terpikat dengan kelembutan muruku beliau selain harga berpatutan.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular