MyDigital ID bukan batal tapi tangguh guna – CEO

Shopee Sale

Integrasi penggunaan MyDigital ID dengan aplikasi MyJPJ bukan dibatalkan sebaliknya ditangguhkan.

Ketua Pegawai Eksekutif MyDigital ID Sdn Bhd Mohd Mirza Mohd Noor berkata beberapa laporan media telah salah memetik kenyataan Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook mengenai penggunaannya sehingga menimbulkan kekeliruan dan keresahan dalam kalangan orang awam.

Beliau berkata langkah itu tidak sepatutnya ditafsirkan sebagai pembatalan sebaliknya sebahagian daripada strategi menyeluruh untuk memastikan kejayaan ciri log tunggal dan meningkatkan pengalaman pengguna.

“Menteri hanya umumkan penangguhan pelaksanaan ciri log tunggal yang membolehkan pengguna log masuk dengan satu akaun sahaja. Sepanjang tempoh penangguhan ini, pengguna masih boleh memilih untuk menggunakan log masuk MyJPJ sedia ada atau MyDigital ID untuk mengakses aplikasi tersebut," menurutnya dalam kenyataan hari ini.

Pada Rabu lepas, Loke mengumumkan bahawa orang ramai tidak perlu menggunakan MyDigital ID untuk mendaftar masuk aplikasi MyJPJ bermula 10 Okt ini.

Mohd Mirza juga berkata pihaknya mengambil maklum beberapa laporan pengguna yang berdepan kesukaran mengakses aplikasi MyJPJ dengan MyDigital ID baharu mereka namun jumlah mereka tidak ramai berbanding lebih 150,000 pengguna yang berjaya mendaftar ke dalam sistem itu.

MENARIK:  Penghapusan subsidi diesel: Anwar, tiga menteri diheret ke mahkamah

“Sebarang pertanyaan lanjut mengenai program MyDigital ID atau perkara berkaitan, orang ramai digalakkan untuk menghubungi MyDigital ID Sdn Bhd, entiti yang bertanggungjawab mengawasi pelaksanaan ID digital dan maklumat projek berkaitan,” katanya.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular