Nafas disyor bekalkan beras dalam negara

Shopee Sale

Pertubuhan Peladang Kebangsaan (Nafas) dicadangkan menjadi pengimport serta pengeluar beras tempatan sebagai usaha menangani isu kekurangan beras putih tempatan di pasaran ketika ini.

Ketua Petugas Khas Pemantauan kepada Kluster Makanan Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (NACCOL), Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal, berkata perkara itu akan dikemukakan dalam mesyuarat NACCOL esok.

Syed Abu Hussin berkata, Nafas perlu menjadi alternatif sekiranya Padi beras Nasional Berhad (Bernas) tidak bersedia untuk mendapatkan beras pada harga yang lebih kompetitif.

"Nafas juga mempunyai banyak input yang lain dan mereka juga bersedia menjadi alternatif kepada pengimport beras jika Bernas tidak bersedia untuk mendapatkan beras yang lebih kompetitif untuk menampung keperluan beras tempatan yang hanya memenuhi 62 peratus (pasaran).

"Insya-Allah Nafas boleh bersama-sama dalam membantu kerajaan untuk berhadapan dengan tekanan kartel dan menjual beras dengan lebih munasabah harganya supaya kos sara hidup dapat dikurangkan dan harga beras dapat distabilkan dan harmoni dalam industri beras sehingga ke pesawah," katanya pada sidang media di Parlimen hari ini.

Kartel merujuk kepada sindiket yang didakwa mengawal bekalan beras di pasaran.

Semalam, Syed Abu Husin berkata terdapat kartel beras putih tempatan melibatkan empat hingga lima syarikat di negara ini yang dipercayai bertindak mengawal jual beli padi dan makanan ruji itu sehingga berlaku kekurangan bekalan di pasaran

Syed Abu Hussin terlebih dulu mempengerusi mesyuarat libat urus membabitkan pemegang taruh di Parlimen, hari ini.

Hadir sama Pengerusi Nafas, Zamry Yaakob.

Dalam pada itu Syed Abu Hussin berkata, dengan pembabitan Nafas, harga beras dapat dikawal kepada RM30 bagi setiap pek 10 kilogram.

MENARIK:  Isu sogokan: MP Tg Karang rujuk Wan Saiful ke JK parlimen

Katanya, Nafas juga mempunyai kemudahan serta kepakaran bagi menghasilkan beras sendiri.

"Nafas akan menjadi pembeli padi di bawah PPK (Pertubuhan Peladang Kawasan) yang ada seluruh negara supaya padi dapat dikawal. Kerana masalah sekarang ini padi ada, beras tak ada.

"Padi dihasilkan oleh pesawah setiap musim dituai dan dijual ke pengilang tetapi beras tak ada dalam pasaran. Jadi bagaimana kita nak kawal supaya padi tempatan yang dikisar akan mengeluarkan beras tempatan yang telah pun kerajaan tentukan harganya nanti.

"Di bawah Nafas persatuan peladang negeri dan kawasan ada yang mempunyai kilang, ada pusat pemberian, ada juga yang punyai lesen borong," katanya lagi.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular