Nahas heli: Jaga sensitiviti keluarga mangsa, jangan spekulasi – TPM

Shopee Sale

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof berharap supaya tiada sesiapa yang akan membuat sebarang spekulasi terhadap insiden dua helikopter bertembung dan terhempas di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut, Perak hari ini.

Fadillah yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air berkata semua pihak juga perlu menghormati waris mangsa dengan tidak memaparkan sebarang video atau gambar yang sensitif bagi menjaga sensitiviti keluarga terlibat dengan kejadian tersebut.

“Apa punca jangan kita buat spekulasi, itu yang saya harapkan, para media dan orang ramai jangan buat spekulasi, biarlah pihak polis dan tentera membuat siasatan dan kita tunggu laporan penuh daripada mereka.

“Memang mereka sedang buat latihan dan sebagainya… Apabila kemalangan, kita terimalah ia sebagai satu kemalanagan, kita tunggu hasil siasatan pihak berwajib,” katanya kepada pemberita selepas menziarah keluarga mangsa dan melawat lokasi kejadian di Lumut hari ini.

Terdahulu, TLDM mengesahkan 10 anggotanya terkorban dalam insiden pada 9.32 pagi tadi yang melibatkan tujuh kru Helikopter Operasi Maritim (HOM-AW139) dan tiga lagi kru Fennec TLDM.

MENARIK:  Isu kasino Forest City: Polis rakam keterangan wartawan

Insiden berlaku semasa Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun (HUT) TLDM ke-90 yang dijadualkan pada awal bulan depan.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular