Na'imah, Daim 'tuntut keadilan' berdasarkan laporan Bloomberg

Shopee Sale

Na’imah Abdul Khalid hari ini mendakwa, laporan Bloomberg berkaitan Anwar Ibrahim, kerajaan dan siasatan oleh pihak berkuasa menjadi bukti bahawa dia dan suaminya, Daim Zainuddin, berada di pihak yang benar.

Kata Na'imah laporan agensi berita antarabangsa itu menunjukkan perdana menteri memang menyalahgunakan kuasanya bagi menggerakkan kes mahkamah ke atas mereka.

Mengaitkan laporan itu dengan pendedahan dibuat The Wall Street Journal (WSJ) terhadap Najib Razak, Na'imah berkata memang diketahui ramai bahawa dia dan Daim menjadi sasaran kepada siasatan bermotif politik dan tuduhan palsu didalangi Anwar.

"Kenyataan ini kini disahkan secara bebas menerusi penyiasatan teliti wartawan Bloomberg.

"Pada 2015, pendedahan kleptokrasi 1MDB oleh WSJ merupakan titik perubahan bagi negara kita.

"Pendedahan Bloomberg pada minggu lalu mengenai penyalahgunaan kuasa, konspirasi, dan usaha menutup kesalahan dalam kalangan tertinggi kerajaan adalah satu lagi titik perubahan yang serupa.

“Ia perlu disiasat," katanya dalam kenyataan hari ini. Sebelum itu dia membuat laporan kepada polis di Petaling Jaya agar pihak berkuasa menjalankan siasatan ke atas perdana menteri.

Bloomberg baru-baru ini melaporkan kakitangan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) diarah untuk memberi gambaran bahawa Daim dan isterinya - serta tokoh yang dekat dengan mereka, Dr Mahathir Mohamad - disiasat atas kesalahan jenayah.

Portal itu juga mendakwa Anwar mengarahkan SPRM agar tidak menyiasat bekas setiausaha politiknya, Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak, yang menjadi antara pemegang saham syarikat Farhash Wafa Heitech Padu Bhd.

MENARIK:  'Jangan pandang remeh rasuah, jabatan kecil boleh sebabkan rugi RM2b'

Pihak Anwar sudah menafikan dakwaan tersebut.

Bagaimanapun ada pihak berpendapat penafian semata-mata tidak memadai buat Anwar sebaliknya dia mestilah menyaman Bloomberg atas tuduhan memfitnah demi menjaga nama baik perdana menteri.

Menurut Na'imah, memang Anwar menyimpan dendam politik berpanjangan ke atas Daim, justeru ahli politik terbabit bertegas mahu mencapai matlamatnya.

"Kini, kami menuntut keadilan," katanya.

Menurut Na'imah, dia dan Daim mahu agar pihak berkuasa menyiasat Anwar atas tuduhan salah guna kuasa, berkonspirasi dan melakukan jenayah.

"Ini adalah konspirasi untuk menyasarkan musuh politik dengan memanipulasi institusi negara dan badan penguatkuasa, seperti yang dibuktikan oleh pendedahan Bloomberg," dakwanya.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular