Najib tak arah pengambilalihan Tanjong Energy – saksi

Shopee Sale

Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur hari ini diberitahu cadangan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) bagi pemerolehan Tanjong Energy Holdings Sdn Bhd (TEHSB) pada harga bidaan RM10.6 bilion adalah keputusan pengurusan tertinggi 1MDB selepas konsultasi dengan Goldman Sachs.

Bagaimanapun, keputusan akhir mengenai perkara itu dibuat oleh Lembaga Pengarah selepas mendengar taklimat pihak pengurusan.

Jasmine Loo Ai Swan

Bekas peguam am 1MDB Jasmine Loo Ai Swan, 50, berkata Datuk Seri Najib Tun Razak yang ketika itu merupakan Pengerusi Lembaga Penasihat 1MDB tidak memberi sebarang arahan mengenai cadangan tersebut mahupun keputusan akhir.

Saksi ke-50 pendakwaan itu berkata demikian ketika disoal balas oleh peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah pada perbicaraan kes rasuah dan pengubahan wang haram Najib, yang juga bekas Perdana Menteri, membabitkan RM2.3 bilion dana 1MDB.

Muhammad Shafee: Adakah Najib kata itu adalah keputusan beliau (mengenai cadangan berkenaan)?

Loo : Tidak, saya tidak fikir beliau berkata begitu.

Muhammad Shafee: Beliau tidak memberi arahan untuk keputusan mahupun versinya, betul? Loo: Ya, benar.

Loo juga berkata beliau telah menyediakan resolusi pemegang saham dan menyerahkannya kepada ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho atau Jho Low untuk mendapatkan kelulusan Najib.

Pada 2019, bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi memberi keterangan bahawa Najib telah meluluskan cadangan itu pada Februari 2012.

Shahrol Azral Ibrahim Halmi

Shahrol Azral juga memaklumkan mahkamah bahawa 1MDB Energy Sdn Bhd, anak syarikat 1MDB, telah mengambil alih TEHSB pada harga bidaan RM10.6 bilion dan Najib telah menandatangani dokumen itu dalam kapasiti beliau sebagai pemegang saham khas menerusi Kementerian Kewangan Diperbadankan (MOF Inc).

MENARIK:  Akmal lapor polis isu ugutan bunuh

Beliau juga yakin bahawa Najib, yang ketika itu memegang portfolio Menteri Kewangan, mengetahui butiran transaksi tersebut berdasarkan perbincangan dengan Jho Low melalui e-mel dan BlackBerry Messenger.

Najib, 70, berdepan empat pertuduhan menggunakan kedudukan beliau (sebagai Perdana Menteri) untuk memperoleh suapan sebanyak RM2.3 bilion daripada dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah sama.

Perbicaraan di hadapan Datuk Collin Lawrence Sequerah bersambung esok.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular