Menteri Wilayah Persekutuan, Dr Zaliha Mustafa, hari ini mengelak soalan media mengenai jika Lembaga Pengampunan akan mempertimbangkan untuk mendedahkan minit mesyuarat yang membincangkan rayuan pengampunan bekas perdana menteri, Najib Razak.
"Nanti nanti nanti," katanya ketika diajukan soalan itu selepas satu acara di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur pagi ini.
Zaliha, yang adalah anggota ahli Lembaga Pengampunan berdasarkan kedudukannya sebagai menteri yang bertanggungjawab ke atas wilayah persekutuan, ditanya mengenai cadangan yang dibuat oleh seorang pembantu kepada perdana menteri.
Shamsul Iskandar Mohd Akin, yang adalah setiausaha politik kanan Perdana Menteri Anwar Ibrahim, dilaporkan berkata bahawa pendedahan perbincangan lembaga itu tentang kes Najib boleh menghentikan spekulasi mengenai perintah tambahan oleh Yang di-Pertuan Agong ke-16,Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, pada Januari tahun lalu.
Cadangan itu muncul ketika kritikan pedas dilemparkan terhadap kerajaan persekutuan, yang dituduh menyembunyikan titah agar Najib menjalani baki hukuman penjaranya sebagai tahanan rumah.
Parti pembangkang PAS turut menggunakan isu ini untuk menggesa Anwar meletakkan jawatan kerana didakwa tidak mematuhi perintah bekas Yang-Pertuan Agong.