Negara dijangka berdepan cuaca ekstrem, agensi k'jaan siap siaga – TPM

Shopee Sale

Negara dijangka berdepan pelbagai impak negatif meliputi kesan kesihatan, kekurangan bekalan air, kebakaran hutan atau belukar, jerebu serta kekurangan hasil pertanian susulan Monsun Barat Daya yang dijangka bermula bulan ini hingga September.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata sehubungan itu semua agensi pengurusan bencana diingatkan supaya mengambil langkah aktif dalam mengurangkan risiko bencana berkaitan.

Beliau yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata ia boleh dilaksanakan melalui tadbir urus yang cekap berlandaskan pengurangan risiko bencana dalam peranancangan pembangunan, guna tanah, pengurusan air dan penyelenggaraan khususnya yang tertakluk di bawah kuasa negeri.

“Perkara ini perlu diberikan penekanan bagi mengelakkan bencana daripada terus berlaku dan memastikan pembangunan mampan untuk kesejahteraan rakyat khususnya generasi akan datang,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata demikian selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pusat (JPBP) Bilangan 1/2024 di sini yang turut dihadiri Setiausaha Kerajaan Negeri selaku Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN), agensi teknikal dan agensi tindak balas.

Ahmad Zahid yang juga pengerusi JPBP berkata Monsun Barat Daya dijangka membawa cuaca yang lebih kering dan kebanyakan negeri akan mengalami lebih banyak bilangan hari tanpa hujan.

Menurutnya mesyuarat tersebut turut mengambil maklum Sistem Pangkalan Data Hidrogeologi myGEMS milik Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) serta ketersediaan sumber air bawah tanah yang boleh diguna pakai sebagai sumber air alternatif termasuk untuk pemadaman kebakaran di kawasan tanah gambut.

“Terdapat 640 telaga aktif untuk kegunaan domestik serta 104 telaga di kawasan gambut dan hutan dengan kapasiti 176.13 juta liter air sehari.

“JPBN diminta mengambil langkah sewajarnya untuk bersama-sama menghadapi situasi ini dengan meminta pengendali air meningkatkan kecekapan operasi mereka serta menyediakan sokongan logistik untuk memobilisasi bekalan air ke kawasan terjejas,” katanya.

Bagi operasi memadam kebakaran, beliau berkata agensi tindak balas berada pada tahap siap siaga dengan persediaan logistik sewajarnya bagi menghadapi kebakaran terbuka, dan secara keseluruhan beliau berpuas hati dengan persiapan agensi kerajaan menghadapi cuaca panas serta kering semasa musim Monsun Barat Daya.

MENARIK:  Lee akan dilantik menteri kanan kabinet baru S'pura

Sementara itu, menurut Ahmad Zahid Jabatan Alam Sekitar telah memaklumkan sejumlah 2,030 kes pembakaran terbuka disiasat dengan sembilan kes dibawa ke mahkamah, 630 dirujuk ke agensi lain, sementara 100 kompaun berjumlah RM200,000 dikeluarkan bagi tempoh 1 Jan hingga 30 April lepas.

Dalam mesyuarat sama, beliau melancarkan Buku Garis Panduan Pelaksanaan Pengurusan Risiko Bencana Berasaskan Komuniti (CBDRM) di Malaysia yang dihasilkan Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) dengan kerjasama Kolej Pengajian Kejuruteraan Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam.

Buku garis panduan itu bertujuan memastikan program CBDRM dapat dilaksanakan secara efektif di setiap peringkat JPBN dan daerah serta menyeragamkan pelaksanaan program CBDRM di Malaysia selaras dengan matlamat membentuk sebuah komuniti yang berdaya tahan terhadap bencana melalui aktiviti kesiapsiagaan.

Garis panduan tersebut boleh dimuat turun di laman sesawang Nadma di http://www.nadma.gov.my.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular