Negara perlukan 84 balai bomba baru, kata Nga

Shopee Sale

Sebanyak 84 balai bomba baru diperlukan dalam usaha meningkatkan kualiti, kemampuan dan kecekapan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) menyalurkan perkhidmatan kepada masyarakat di seluruh negara.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming berkata setakat ini Malaysia mempunyai 337 balai bomba dan indeks risiko kebakaran dijadikan sebagai pengukur bagi menentukan keperluan menambah jumlah balai bomba.

"Jadi mana-mana (kawasan) yang ada keperluan mendesak, kerajaan akan bina dahulu dan sudah tentu perkara ini bergantung kepada kewangan negara dan pembinaannya akan dilakukan mengikut fasa," katanya kepada pemberita di Melaka malam tadi.

Nga ditemui pemberita selepas perasmian acara Larian Bersama Bomba Malaysia Madani di Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan, Banda Hilir yang disempurnakan oleh Ketua Menteri Ab Rauf Yusoh.

Turut hadir Ketua Setiausaha Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) M Noor Azman Taib dan Ketua Pengarah JBPM Nor Hisham Mohamad.

Nga berkata pembinaan 84 balai bomba baharu itu juga akan seiring dengan jumlah pegawai dan anggota yang berkhidmat di kemudahan itu serta balai sedia ada.

Setakat ini jumlah anggota bomba di seluruh negara hampir 15,000 orang dan pengisian jawatan juga hampir penuh manakala bagi pengambilan baru pada tahun ini seramai 509 telah dipilih.

MENARIK:  2,500 pokok bonsai antara dirampas Kastam di Pelabuhan Klang

Menurut Nga KPKT serta JBPM juga sentiasa memastikan anggota dan pegawai yang bertugas mematuhi arahan dan prosedur operasi standard yang ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Mengulas mengenai apa yang berlaku sejak kebelakangan ini termasuk insiden di Balai Polis Ulu Tiram, Johor, Nga berkata, setiap balai bomba serta anggotanya sentiasa diletakkan dalam keadaan siap siaga bagi menghadapi sebarang perkara tidak diingini.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular