Negeri Sembilan tukar kereta rasmi, elak kos selengggara tinggi – MB

Shopee Sale

Kerajaan Negeri Sembilan telah membuat 16 pembelian kereta baharu untuk kegunaan rasmi Menteri Besar dan beberapa anggota pentadbiran kerajaan negeri, setelah lima tahun kereta sedia ada digunakan.

Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun berkata pembelian kereta jenis Toyota Camry yang bernilai kira-kira RM206,000 seunit itu, bagi menggantikan kereta jenis Honda Accord yang digunakan sejak 2019.

“Ia sekarang dalam proses dan sebahagian daripada kereta itu sudah sampai. Sebelum ini, Honda Accord lebih lima tahun digunakan, memang lepas lima tahun kena tukar kalau tidak penyelenggaraan tinggi kita tak mampu bayar.

“Bagi kereta lama, exco (ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri) boleh memohon untuk mendapatkannya dan ada bayaran dikenakan,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Mingguan Exco di Seremban hari ini.

Beliau berkata kereta rasmi baharu itu juga melibatkan Setiausaha Kerajaan Negeri, Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Sembilan, Pegawai Kewangan Negeri, Penasihat Undang-undang Negeri dan Mufti Kerajaan Negeri Sembilan.

Sementara itu, Aminuddin turut meminta pemilik tanah untuk memangkas pokok di kawasan mereka, terutama yang berada di tepi jalan utama yang dilihat berisiko untuk tumbang, sekali gus mengelakkan perkara tidak diingini berlaku.

Selain itu, beliau turut mengingatkan pemain industri di negeri ini supaya memastikan kontraktor yang mereka lantik, untuk menguruskan atau melupuskan sisa buangan sisa industri di kawasan yang ditetapkan, dan tidak membuat pembuangan haram.

MENARIK:  Bulan Kebangsaan: Satu rumah sehelai Jalur Gemilang - Fahmi

“Saya tahu pihak industri membayar kepada kontraktor ini, tetapi operator menghantarnya ke tempat pembuangan sampah haram, kerajaan negeri tidak akan bertolak ansur dan berkompromi dalam hal ini,” katanya.

Beliau berkata demikian mengulas aduan penduduk di Kampung Jimah Lama di sini, yang meminta pihak berwajib mengambil tindakan sepatutnya susulan sebidang tanah persendirian di kampung itu dijadikan tapak pelupusan sampah haram.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular