Nenek, cucu dikhuatiri sesat ketika ke kebun durian ditemukan selamat

Shopee Sale

Seorang wanita warga emas bersama cucu perempuan berusia 12 tahun yang dikhuatiri sesat ketika dalam perjalanan ke kebun durian di Bukit Buluh Telur, Kuala Kubu Baharu semalam, ditemukan selamat pada 9.30 pagi tadi.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Ahmad Mukhlis Mokhtar berkata kedua-dua mereka ditemukan selepas hampir dua jam operasi mencari dan menyelamat (SAR) dimulakan hari ini.

“Operasi melibatkan enam anggota serta pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kubu Baharu, serta petugas dari pelbagai agensi seperti Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, Polis Diraja Malaysia dan orang awam.

“Lokasi mereka berjaya dikesan melalui panggilan telefon yang lepas dan anggota penyelamat mengambil masa kira-kira sejam untuk ke lokasi kedua-dua mangsa,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu wanita dianggar berumur 60an itu sempat menghubungi anaknya pada 12 tengah hari memaklumkan dia sesat sebelum telefon bimbitnya dipercayai kehabisan bateri dan susulan itu, anak sulungnya membuat laporan polis pada 3 petang, semalam. 

MENARIK:  Rizab antarabangsa Bank Negara berjumlah AS$113.6 bilion pada 31 Mei

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular