NGO, 2 pihak diarah padam kenyataan kaitkan masyitah dengan pemerdagangan orang

Shopee Sale

Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini mengarahkan Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia (MHO) dan dua individu lain untuk memadamkan kenyataan didakwa berbaur fitnah mengaitkan bekas Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Mashitah Ibrahim dengan jenayah pemerdagangan manusia di Myanmar.

Peguam Datuk Akberdin Abdul Kadir yang mewakili Mashitah, 60, selaku plaintif berkata pesuruhjaya kehakiman Jamhirah Ali membenarkan permohonan injunksi sementara yang difailkan bekas ahli Parlimen Baling itu pada prosiding secara dalam talian hari ini.

"Oleh itu, ketiga-tiga defendan perlu padam serta-merta dan tidak mengulangi kenyataan-kenyataan fitnah tersebut sehingga keputusan inter-parte (kedua-dua pihak) dibuat oleh mahkamah," kata peguam itu.

Dia berkata mahkamah turut menetapkan 18 Nov ini pengurusan kes seterusnya.

Mashitah memfailkan saman itu pada 9 Sept lepas, dengan menamakan Pengerusi MHO Datuk Hishamuddin Hashim, 45, ahli jawatankuasa MHO Azirul Syafiq Sazali, 29, dan pertubuhan itu sebagai defendan pertama hingga ketiga.

Berdasarkan pernyataan tuntutan, Mashitah mendakwa Hishamuddin memuat naik, menyiar, menerbit dan menyebarkan satu video kenyataan media berserta kapsyen “Sidang Media Berkaitan Aduan Penglibatan Ahli Politik Malaysia Di Dalam Sindiket Pemerdagangan Manusia Berpusat Di Myanmar” yang dibuat ketiga-tiga defendan menerusi akaun Facebook “Hishamuddin Hashim” pada 28 Ogos lepas.

Pada hari sama, Azirul Syafiq dan MHO didakwa memuat naik, menerbit dan menyebarkan satu kenyataan media bertulis MHO yang disediakan oleh Hishamuddin bertarikh 26 Ogos, berkaitan video terbabit dalam akaun Facebook MHO dan akaun TikTok milik Azirul Syafiq.

Mashitah berkata pada 29 Ogos, Hishamuddin telah memuat naik, menyiar, menerbit dan menyebarkan suntingan video itu dengan kapsyen “Sidang Media berkenaan penglibatan bekas Timbalan Menteri dengan syarikat Dongmei Group yang merupakan antara sindiket pemerdagangan manusia & scam paling besar di Myawaddy Myanmar”.

MENARIK:  Lebih 1,600 polis dipecat dalam tempoh 10 tahun 

Dia berkata melalui video itu, MHO dan Hishamuddin menunjukkan beberapa keping gambarnya (Mashitah) yang dikaburkan ketika kenyataan media oleh ketiga-tiga defendan.

Selain itu, Mashitah mendakwa Hishamuddin dan MHO memuat naik, menerbit dan menyebarkan satu hantaran fitnah di Facebook milik dua defendan itu pada 3 Sept.

Menurut plaintif, kenyataan-kenyataan yang didakwa fitnah itu membawa maksud kononnya plaintif dan suaminya Datuk Abdul Shakor Abu Bakar terbabit secara langsung dengan sebuah syarikat bernama Dongmei Group yang terlibat dengan aktiviti jenayah pemerdagangan manusia, perjudian dan dadah di Myanmar serta peringkat antarabangsa.

Plaintif berkata kenyataan-kenyataan fitnah itu telah menjejaskan reputasi, maruah dan statusnya sebagai seorang figura terkenal, ahli politik kanan serta ahli perniagaan yang disegani dan dihormati masyarakat umum tempatan serta antarabangsa.

-Bernama


News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular