NGO: Hentikan pengusiran, buat dialog dengan komuniti Bajau Laut

Shopee Sale

NGO hak asasi Pusat Komas menyelar dakwaan pengusiran komuniti Bajau Laut di Semporna, Sabah, dengan rumah atas air yang dihuni mereka dirobohkan.

Pusat Komas berkata tindakan seumpama itu membangkitkan isu kritikal yang dihadapi individu tanpa kewarganegaraan di Sabah dan layanan yang diterima mereka.

Ia susulan dakwaan NGO Borneo Komrad yang pihak berkuasa membuat operasi pada 4 dan 5 Jun lalu, melibatkan etnik Bajau Laut yang tinggal di tujuh pulau di Semporna, antaranya Pulau Bohey Dulang, Pulau Maiga, Pulau Bodgaya, Pulau Sebangkat dan Pulau Sibuan.

Pusat Komas berkata pihak yang membuat arahan pengusiran itu perlu dikenal pasti dan mereka perlu dipertanggungjawabkan.

Etnik Bajau Laut - yang mengamalkan cara hidup berpindah-randah di laut dan tinggal di perahu-perahu kecil atau rumah-rumah yang di bina atas air - menghadapi diskriminasi sistematik.

"Pengusiran paksa ini menimbulkan persoalan serius tentang layanan saksama terhadap kaum minoriti di Malaysia," kata NGO itu dalam kenyataan hari ini.

Membangkitkan Artikel 7 Perisytiharan Hak Asasi Manusia (UDHR) dan Artikel 8 Perlembagaan Persekutuan, Pusat Komas menekankan pentingnya untuk memastikan semua komuniti dilindungi di baah undang-undang hak asasi manusia negara dan antarabangsa.

Artikel 7 UDHR menyatakan semua orang adalah sama di bawah undang-undang dan berhak - tanpa sebarang diskriminasi - untuk mendapat perlindungan yang sama di bawah undang-undang.

Artikel 8 Perlembagaan Persekutuan pula menjamin "semua orang adalah sama rata di sisi undang-undang dan berhak mendapat perlindungan yang sama rata di sisi undang-undang" dan "tidak boleh ada diskriminasi terhadap warganegara semata-mata atas alasan agama, ras (kaum), keturunan, tempat lahir atau jantina".

Semalam, pengasas Borneo Komrad Mukmin Nantang memberitahu Malaysiakini operasi itu menyebabkan komuniti Bajau Laut yang terlibat tinggal sehelai sepinggang, selain tidak dapat ke mana-mana memandangkan perahu mereka turut dibakar.

Borneo Komrad mempunyai hubungan rapat dengan komuniti itu, antaranya menerusi sekolah yang diwujudkan untuk memberi Pendidikan asas kepada kanak-kanak yang tiada status kewarganegaraan.

Dengan komuniti itu sukar untuk menuntut hak dan perlindungan undang-undang ekoran tiada status kewarganegaraan, Pusat Komas menekankan pentingnya untuk menyelesaikan isu tersebut.

MENARIK:  Wajibkan fasih BM untuk dapat warganegara - Pemuda Umno

"Menangani isu dokumentasi ini adalah penting untuk memastikan mereka mendapat layanan adil dan akses kepada perkhidmatan asas

"Pusat Komas dengan hormat menggesa pihak berkuasa tempatan untuk menghentikan pengusiran selanjutnya dan melibatkan diri dalam dialog yang bermakna dengan komuniti Bajau Laut untuk mencari penyelesaian yang berperikemanusiaan dan adil.

"Isu tanpa kewarganegaraan telah merumitkan kehidupan beberapa generasi, terutamanya di Sabah," katanya lagi.

Mengakui isu tersebut rumit dan memiliki pelbagai aspek, Pusat Komas berkata langkah mengelak daripada menanganinya bukanlah satu penyelesaian.

"Kerajaan negeri dan persekutuan mesti mengambil inisiatif untuk menghadapi isu ini secara langsung, untuk mengelakkan lebih banyak generasi kanak-kanak tanpa kewarganegaraan di Malaysia.

"Mengeluarkan orang dari rumah mereka hanya akan memindahkan masalah ke tempat lain, bukannya menyelesaikannya," katanya lagi.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular