NGO India desak k'jaan kekalkan sistem kuota matrikulasi

Shopee Sale

Gabungan NGO masyarakat India mendesak kerajaan untuk mengekalkan sistem kuota ke atas pelajar India yang ingin melanjutkan pengajian ke matrikulasi.

Ini susulan kabinet memutuskan lepasan SPM bukan Melayu yang mendapat keputusan cemerlang 10 A dan ke atas layak melanjutkan pengajian ke peringkat matrikulasi.

Pun begitu, gabungan NGO India berkata keputusan itu hanya satu penyelesaian sementara.

"Pengumuman perdana menteri (Anwar Ibrahim) semua pelajar mendapat 10A dalam SPM diberi keutamaan meneruskan pengajian ke peringkat matrikulasi tanpa mengira kaum adalah satu keputusan yang sangat baik.

"Tetapi, adakah keputusan ini memihak kepada pelajar India? Sudah pasti tidak.

"Kami nak kerajaan mengekalkan kuota 2,500 kepada pelajar India seperti diamalkan sebelum ini," kata wakil gabungan NGO itu Arun Doraisamy (gambar bawah) pada sidang media di Kuala Lumpur, hari ini.

Hampir 20 wakil mewakili lebih 300 NGO masyarakat India dari seluruh negara menghadiri ke sidang media itu.

Menurutnya, jumlah kemasukan pelajar India ke matrikulasi adalah sebanyak 2,162 pada tahun 2017. Sementara, pada tahun lepas ianya turun sebanyak 48 peratus kepada 1,116 pelajar sahaja.

"Kita perlu memahami bahawa jumlah pelajar India yang mendapat 10A dalam peperiksaan SPM pada tahun ini adalah kurang daripada 1,000 sahaja.

"Maka, sudah pasti kemasukan pelajar India akan berkurang lagi bagi tahun ini berbanding tahun lepas.

Kuota pelajar India masih relevan

MENARIK:  Melaka terima 3.7 juta pelancong suku pertama tahun ini

"Jadi, kami menyokong kerajaan mengekalkan sistem merit (kemasukan automatik bagi lepasan SPM yang mendapat 10A dalam SPM) tetapi kerajaan juga perlu rancangan afirmatif (kekalkan sistem kuota) kepada pelajar India yang semakin berkurang ke pengajian matrikulasi," katanya.

Buat masa ini, katanya dalam 40,000 tempat matrikulasi, 90 peratus diperuntukkan untuk Bumiputera, 5.5 peratus atau 2,200 tempat untuk pelajar Cina manakala pelajar India cuma diberi 3.5 peratus atau 1,400 tempat.

Arun menambah sistem kuota ini masih relevan khususnya kepada pelajar India kerana purata graduan pelajar India hanya 9 peratus dan masih rendah berbanding purata kebangsaan 12 peratus.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular