NGO OKU: Polis 'sedia' tiga laporan dakwaan mangsa diserang pengiring TMJ

Shopee Sale

Pemandu e-hailing orang kurang upaya Ong Ing Keong telah menandatangani sejumlah empat laporan berhubung dakwaan serangannya oleh seorang pengiring Pemangku Raja Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim, kata Pertubuhan Advokasi dan Kesejahteraan Pekak Malaysia (Dawn).

Menurut Setiausaha Agung Dawn, Anthony Chong, mangsa serangan yang didakwa itu hanya menyumbang kepada satu laporan saja, iaitu yang pertama dibuatnya selepas kejadian pada 28 Mei lalu.

"Terdapat empat laporan (keseluruhannya). Laporan pertama - dia memberitahu polis (mengenai kejadian itu) dan menandatanganinya," kata Chong kepada Malaysiakini selepas membuat semakan dengan Ong.

"Kemudian dalam tiga laporan berikutnya, dia tidak menyumbang apa-apa. Polis sediakan laporan dan minta dia baca kemudian dia tandatangani," tambahnya.

Malaysiakini menghubungi Chong untuk mendapatkan penjelasan lanjut mengenai komen Ong di luar sidang media di Petaling Jaya semalam apabila dia berkata polis menyediakan laporan "kedua" dan menyuruhnya menurunkan tanda tangan.

Pada Rabu, Ketua Polis Kuala Lumpur Rusdi Mohd Isa berkata laporan kedua dibuat pada jam 9.45 malam sebelumnya (28 Mei). Laporan itu menyatakan Ong tidak mahu meneruskan perkara itu dengan lebih lanjut kerana ia telah diselesaikan.

Beberapa jam sebelum itu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman Mohd Shuhaily Mohd Zain (gambar bawah) memberitahu sidang media mangsa yang didakwa itu membuat laporan pada 1 tengah hari pada 28 Mei dan kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan.

Ditanya jika Ong memahami sepenuhnya kandungan tiga laporan tambahan itu, Chong menyatakan keraguannya.

“Apa yang saya faham, dia tidak faham sepenuhnya apa yang ditulis dalam laporan itu.

"Dia hanya membaca perkataan tentang dirinya - seperti masa, hari, kerja, apa yang berlaku. Dia boleh mengenali perkataan (ini) dan dia bersetuju. Bagaimanapun, dia tidak boleh memahami ayat penuh," jelasnya.

Chong berkata tiga laporan pertama dibuat pada 28 Mei manakala laporan keempat difailkan pada 29 Mei.

Setiausaha agung Dawn itu juga bertindak sebagai salah seorang jurubahasa bahasa isyarat untuk Ong semasa sidang media semalam di pejabat Lawyers for Liberty (LFL), dengan mangsa yang didakwa itu menceritakan apa yang berlaku di ibu pejabat polis Brickfields di Kuala Lumpur.

Pada sidang media itu, Chong berkata kes berkenaan menekankan kepentingan untuk mengakui bahawa tidak semua orang pekak di Malaysia mahir sama ada dalam Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris

MENARIK:  Keracunan makanan: Polis panggil katering, penganjur

Sebelum sidang media itu, Tunku Mahkota Ismail bertitah bahawa baginda tidak merestui sebarang tindakan yang menyalahi undang-undang.

Kenyataan itu dikeluarkan ketika pegawai pengiring baginda didakwa memukul seorang pemandu kurang upaya di sebuah hotel di Kuala Lumpur baru-baru ini.

“Saya tidak membenarkan sebarang tindakan atau ugutan yang menyalahi undang-undang.

Pemangku Raja Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

“Saya menggesa pihak berkuasa untuk menyiasat secara menyeluruh berkaitan kejadian seorang pegawai polis pengiring yang didakwa melakukan perbuatan berbahaya,” titah baginda di media sosial.

Tunku Mahkota Ismail juga berharap pihak berkuasa akan mengambil tindakan mengikut undang-undang dan memberi keadilan sebaiknya kepada mangsa.

Merujuk kepada insiden Selasa lalu, Tunku Mahkota Ismail bertitah bahawa baginda telah mengarahkan pasukan pengiring keselamatan polis untuk bekerjasama dengan pihak penyiasatan.

Sementara itu, Ketua Polis Negara Razarudin Husain berkata Bukit Aman akan memanggil semua pegawai pasukan itu yang terlibat dalam insiden serangan itu.

Katanya, pasukan keselamatan itu komited untuk memelihara integriti dan memastikan tindakan sewajarnya diambil bagi memastikan keadilan terlaksana.

Razarudin menjelaskan polis juga komited melindungi hak-hak individu terutama golongan OKU.

"PDRM sedang menjalankan siasatan menyeluruh berhubung kes seorang anggota pengiring memukul seorang OKU di ibu negara pada 28 Mei lalu berdasarkan perkembangan terkini.

"Pegawai-pegawai yang terlibat dalam insiden ini akan dipanggil ke Bukit Aman untuk membantu siasatan," katanya.

Ong dijadual merekodkan satu lagi kenyataan polis petang esok.

[Baca berita asal]

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular