NGO sangkal dakwaan rumah setinggan terbakar akibat litar pintas

Shopee Sale

NGO Borneo Komrad menyangkal laporan yang menyatakan kebakaran yang berlaku di Kampung Kalansanan dekat Inanam di Sabah adalah satu kemalangan.

Kebakaran itu berlaku hari ini ketika operasi di rumah setinggan di kawasan itu.

Wakil Borneo Komrad memberitahu Malaysiakini hampir 40 rumah musnah akibat kebakaran itu, berbeza dengan laporan yang menyatakan 15 rumah yang musnah.

Dia juga mendakwa pihak berkuasa yang membuat operasi yang mencetuskan kebakaran.

"Penduduk kampung tak dimaklumkan. Mereka (pihak berkuasa) hanya beri amaran dan masa 10 minit kepada mereka, dan tiba-tiba ada kebakaran.

"Mustahil untuk kata kebakaran akibat litar pintas kerana bekalan elektrik mereka telah dipotong sebelum insiden," dakwanya kepada Malaysiakini.

Dia juga mendakwa hampir 50 anggota penguat kuasa terlibat dalam operasi hari ini.

Hari ini, beberapa media utama melaporkan 15 rumah setinggan musnah akibat kebakaran yang dipercayai akibat litar pintas ketika operasi perobohan dijalankan.

Bagaimanapun, Sinar Harian memetik Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Lintas, Agustavia Joe Guasi berkata punca kebakaran masih dalam siasatan dan ada "sedikit kelewatan" ekoran lokasi yang kurang selamat disebabkan ada penyambungan wayar secara haram.

Menurut Borneo Komrad, insiden berlaku sekitar tengah hari tadi melibatkan lebih 40 keluarga yang telah tinggal di sana sejak tiga tahun lalu.

Malaysiakini telah menghubungi Dewan Bandaraya Kota Kinabalu untuk mendapatkan respons.

'Semakin banyak penindasan'

MENARIK:  Zahid, Muhyiddin setuju selesaikan kes saman fitnah

Dalam satu hantaran Facebook, Borneo Komrad berkata "semakin banyak penindasan" berlaku di Sabah.

Minggu lalu, NGO tersebut membangkitkan pengusiran ke atas etnik Bajau Laut di beberapa lokasi di Semporna.

Adun Sulabayan, Jaujan Sambakong kemudian berkata rumah mereka dirobohkan kerana didirikan di kawasan taman marin, namun pada masa sama menggesa pendekatan yang lebih lembut bagi mendapatkan situasi menang-menang.

Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah Christina Liew pula berkata ia merupakan langkah "pengosongan" dan berdasarkan sumber polis, rumah tersebut dibakar pemilik sendiri dan memuat naik video ke media sosial bagi meraih simpati.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular