Notis tular sekat import daging babi peraturan keselamatan sedia ada

Shopee Sale

SEMAK FAKTA | Satu notis pemberitahuan daripada sebuah syarikat penerbangan tempatan telah beredar dalam talian dan memberi amaran kepada penumpang terhadap larangan membawa masuk daging babi dan hasilannya ke Malaysia.

"Sekiranya mana-mana penumpang yang ada membawa produk yang dinyatakan seperti di atas sila buangkan ke dalam tong-tong yang disediakan di sepanjang laluan keluar sebelum pemeriksaan kastam.

"Kegagalan berbuat demikian akan mengakibatkan produk tersebut dirampas.

"Jika didapati mana-mana penumpang cuba membawa masuk daging babi atau hasilan daging babi boleh dikenakan denda sehingga RM100,000 atau enam tahun penjara atau kedua-duanya sekali,” kata notis tular tanpa tarikh itu.

Dalam suasana politik semasa, ada pihak membangkitkan kebimbangan bahawa larangan berkenaan satu lagi tanda konservatisme agama yang semakin meningkat di Malaysia.

Semakan Malaysiakini mendapati sekatan import sebegini memang ada namun ia merupakan langkah keselamatan biologi yang telah diperkenalkan dan digunakan ke pelbagai negara pada tahun lalu.

Larangan itu dibuat bagi membendung penularan Demam Babi Afrika sejak 2018. Enam negara yang terjejas akibat larangan itu ketika ia mula diperkenalkan ialah China, Poland, Rusia, Hungary, Moldova dan Ukraine.

Larangan ke atas penghantaran babi hidup antara negeri juga dilaksanakan untuk membendung penularan penyakit itu di Malaysia.

Apabila penyakit itu secara tidak sengaja merebak ke ladang babi tempatan, ternakan yang terjejas terpaksa dimusnahkan. Keadaan wabak begitu teruk di Pulau Pinang pada Januari tahun lalu sehingga beberapa ladang diisytiharkan sebagai "bencana."

Baru-baru ini, AirAsia telah meletakkan notis bertarikh Oktober tahun lepas yang menyatakan bahawa Malaysia telah mengenakan "larangan sementara" ke atas daging babi dan produk daging babi kerana "wabak Demam Babi Afrika baru-baru ini."

Ia terpakai kepada penumpang yang memasuki Malaysia dari empat negara dan wilayah, iaitu China, Macau, Hong Kong, dan Vietnam.

Notis serupa muncul di laman web syarikat penerbangan Garuda Indonesia. Notis ini tidak bertarikh dan tidak menyatakan negara mana yang terjejas oleh larangan itu, tetapi semakan pada arkib dalam talian mendapati bahawa notis itu telah dipaparkan dalam bentuk semasa sejak sekurang-kurangnya September 2021.

Laman web Malaysia Airlines pula tidak menyebut sekatan sedemikian, sebaliknya mengatakan ia akan menerima penumpang membawa barangan makanan namun "tertakluk kepada pelaksanaan perintah pelepasan."

MENARIK:  NGO nak berarak tuntut 'gaji untuk hidup' pada 1 Mei

Panduan pengembara dalam talian Jabatan Kastam Diraja Malaysia berkata penumpang boleh membawa penyediaan makanan bernilai sehingga RM150 tanpa membayar duti atau cukai kastam, tetapi juga menasihati mereka untuk menyemak senarai sekatan atau larangan bawa masuk barangan.

Senarai itu, yang dikenali sebagai Perintah Kastam (Larangan Mengenai Import) 2023, menetapkan bahawa mengimport pelbagai jenis barangan makanan, termasuk produk daging yang disediakan atau diawet, akan memerlukan permit import dan akan tertakluk kepada “pemeriksaan dan kelulusan oleh Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) atau rakan sejawatannya di Sabah atau Sarawak.

Pelanggaran peraturan ini menjadi kesalahan di bawah Seksyen 11(3) Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011.

Sabitan pertama kesalahan boleh dihukum dengan denda sehingga RM100,000, penjara sehingga enam tahun, atau kedua-duanya – penalti sama yang dinyatakan dalam notis yang dikeluarkan oleh kedua-dua syarikat penerbangan itu.

Sabit kesalahan seterusnya boleh dihukum denda sehingga RM150,000, penjara sehingga tujuh tahun, atau kedua-duanya sekali.


Malaysiakini adalah sebahagian daripada pakatan pemeriksa fakta Malaysia JomCheck.

Melalui JomCheck, rakyat Malaysia boleh mengemukakan permintaan untuk menyemak sesuatu fakta dengan menghantar mesej WhatsApp ke talian 017-477 6659 (WhatsApp sahaja) atau melalui pautan ini.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular