NR-REE: MB jamin pertahan hak kerajaan Perak

Shopee Sale

Kerajaan Perak memberi jaminan akan mempertahankan hak sumber mineral galian unsur nadir bumi bukan radioaktif (NR-REE) di negeri ini dan memastikan hasilnya adalah untuk manfaat rakyat Perak.

Menteri Besar Datuk Seri Saarani Mohamad berkata bagaimanapun kerajaan Pusat akan berperananan sebagai fasilitator bagi aktiviti berkaitan perlombongan sumber mineral itu.

“Kebimbangan Yang Berhormat Gunung Semanggol juga kebimbangan kerajaan negeri, dalam mesyuarat dengan kerajaan Pusat kita telah menyatakan pendirian bahawa hasil bumi NR-REE adalah hak kerajaan negeri, kita akan bermati-matian pertahankan,” katanya ketika menjawab soalan tambahan Ahli Dewan Undangan (ADUN) Gunung Semanggol Razman Zakaria pada sesi soal jawab lisan di Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) di Ipoh hari ini.

Razman ingin tahu mengenai pendirian kerajaan negeri terhadap pemilikan hak terhadap NR-REE di Perak dan langkah memastikan hasil mineral itu dipulangkan kepada rakyat negeri termasuk untuk menoktahkan miskin tegar.

Sementara itu Saarani berkata Makmal Mineral Perak akan beroperasi pada September ini dan setakat ini seramai 15 pekerja telah dilantik untuk tujuan itu.

“Untuk permulaan, kita ambil 15 pekerja berkemahiran terdiri daripada ahli-ahli kimia kanan dari universiri tempatan, mereka ini akan dilatih dengan kemahiran sama ada dari dalam dan luar negara, dalam jangka masa panjang jika ada keperluan kita akan tambah (pekerja),” katanya.

Terdahulu, ADUN Buntong Thulsi Manogaran dalam soalan asal ingin tahu mengenai pengurusan NR-REE yang dicari gali dalam masa lima tahun hingga 10 tahun akan datang susulan Kerajaan Persekutuan telah memutuskan bahawa unsur nadir bumi tidak boleh dieskport secara mentah.

MENARIK:  PN umum calon PRK Sungai Bakap 16 Jun

Menjawab soalan itu, Saarani berkata pelaksanaan moratorium bagi aktiviti pengeksportan NR-REE inisiatif strategik untuk menggalakkan pembangunan industri NR-REE peringkat pertengahan dan hiliran dalam negara.

Beliau berkata antara pendekatannya ialah memperhalusi peranancangan pembangunan keseluruhan rantaian ekonomi berkaitan NR-REE, merangkumi peringkat huluan melibatkan aktiviti perlombongan dan pengekstrakan NR-REE, peringkat pertengahan memfokuskan kepada pemprosesan dan pengasingan elemen NR-REE dan peringkat hiliran memberi tumpuan kepada penghasilan produk akhir berasaskan NR-REE.

“Kerajaan Negeri juga memberi penekanan kepada aspek kemampanan dalam merancang pembangunan industri NR-REE dengan memastikan pematuhan terhadap prosedur operasi seragam alam sekitar yang ketat, mengimbangi pembangunan ekonomi dengan pemuliharaan alam semula jadi, dan memastikan manfaat ekonomi diagihkan secara adil kepada masyarakat tempatan,” katanya.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular