Nurhidayah sedia kembali jadi taruhan PH di Sungai Bakap

Shopee Sale

Bekas calon PH bagi kerusi dewan undangan negeri (DUN) Sungai Bakap, Nurhidayah Che Rose, menyatakan kesediaannya jika diberi mandat untuk bertanding sekali lagi di kawasan berkenaan.

Ia berikutan pilihan raya kecil (PRK) bakal dilangsungkan selepas wakil rakyatnya daripada PAS, Nor Zamri Latiff meninggal dunia pada 24 Mei lalu.

Nurhidayah, 33, berkata, jika diambil kira pengagihan kerusi dalam pilihan raya negeri (PRN) ke-15 lalu, Sungai Bakap merupakan kerusi yang diperuntukkan kepada calon wanita daripada gabungan PH.

"Insya-Allah saya bersedia jika diberi peluang untuk bertanding sekali lagi mewakili PH-BN. Ia akan jadi peluang untuk saya tebus kekalahan tipis dalam PRN ke-15 lalu.

"Namun keputusan siapa calon PRK akan ditentukan oleh pucuk pimpinan, saya serah kepada parti dan presiden PKR (Anwar Ibrahim)," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Dalam saingan satu lawan satu pada PRN ke-15 lalu, Nurhidayah yang juga ketua wanita PKR Pulau Pinang meraih 13,870 undi berbanding Nor Zamri dengan 15,433 undi menjadikan majoriti sebanyak 1,563 undi.

Ketika itu komposisi pengundi kerusi berkenaan membabitkan 59.4 peratus pengundi kaum Melayu, 22.5 peratus (Cina), 17.4 peratus (India) dan 0.7 peratus lain-lain kaum.

Mengulas mengenai kekalahannya sebelum ini Nurhidayah berkata, jentera parti perlu fokus dan berusaha meraih keyakinan pengundi-pengundi muda.

Ini kerana katanya, segmen pengundi muda yang menjadi faktor kekalahannya.

"Jika diberi peluang lagi saya perlu gandakan usaha dan bekerja lebih keras berbanding sebelum ini terutama dalam usaha memberi keyakinan kepada golongan muda.

MENARIK:  Mahkamah tolak permohonan reman Papagomo

"Selain itu, saya yakin dengan gerak kerja berterusan di peringkat DUN dan parlimen Nibong Tebal selepas PH-BN mentadbir kerajaan akan memberi nilai tambah untuk merampas kerusi tersebut daripada pihak lawan.

"Di peringkat parlimen dan DUN banyak perhatian diberikan dalam usaha menyelesaikan masalah rakyat di sini khususnya melibatkan masalah bekalan air," jelasnya.

Untuk rekod pada PRN lalu, Sungai Bakap menjadi satu-satunya kerusi yang dimenangi Perikatan Nasional (PN) dalam parlimen Nibong Tebal, manakala dua kerusi lagi iaitu Jawi dan Sungai Acheh dimenangi calon PH-BN.

Terdahulu, Suruhanjaya Pilihan Raya dilaporkan akan mengadakan mesyuarat pada 6 Jun ini bagi membincangkan mengenai PRK Sungai Bakap.

Kebiasaannya, mesyuarat itu akan menetapkan tarikh-tarikh penting untuk proses pilihan raya, termasuk tarikh pengundian.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular