OKU diserang: Bukit Aman panggil semua pegawai terlibat

Shopee Sale

Bukit Aman akan memanggil semua pegawai pasukan itu yang terlibat dalam insiden serangan ke atas seorang lelaki kurang upaya (OKU) dalam usaha menyiasat kejadian tersebut.

Ketua Polis Negara Razarudin Husain berkata pasukan keselamatan itu komited untuk memelihara integriti dan memastikan tindakan sewajarnya diambil bagi memastikan keadilan terlaksana.

Katanya Polis Diraka Malaysia (PDRM) juga komited melindungi hak-hak individu terutama golongan OKU.

"PDRM sedang menjalankan siasatan menyeluruh berhubung kes seorang anggota pengiring memukul seorang OKU di ibu negara pada 28 Mei lalu berdasarkan perkembangan terkini.

"Pegawai-pegawai yang terlibat dalam insiden ini akan dipanggil ke Bukit Aman untuk membantu siasatan," katanya dalam kenyataan petang ini.

Insiden berkenaan menjadi perhatian ramai apabila ia bukan saja melibatkan seorang OKU sebagai mangsa, malah dikaitkan pula dengan pasukan pengiring pemangku Sultan Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Kejadian itu berlaku di sebuah hotel di Kuala Lumpur pada 28 Mei lalu.

Dalam kenyataan awal petang ini, Tunku Ismail berkata baginda mendakwa insiden tersebut melibatkan anggota pengiring keselamatan dari PDRM.

Baginda juga menggesa agar siasatan menyeluruh dibuat, selain berharap keadilan diberikan kepada mangsa.

MENARIK:  Mudir tahfiz, rumah anak yatim hadapi 5 tuduhan liwat pelajar

Razarudin berkata Bukit Aman memanggil pegawai yang terbabit sebagai pengiring Tunku Ismail untuk memastikan siasatan dibuat secara menyeluruh dan semua pihak dapat memberikan keterangan masing-masing.

"Keutamaan dalam setiap siasatan adalah untuk memastikan bahawa tiada pelaku yang terlepas daripada tanggungjawab atas perbuatan mereka.

"Tindakan tegas tanpa kompromi akan diambil terhadap mana-mana pegawai yang didapati bersalah," katanya.

[Laporan lanjut menyusul]

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular