OKU Sentral bantah istilah digunakan Isaiah Jacob dalam merujuk OKU

Shopee Sale

OKU Sentral hari ini menyuarakan rasa kecewa, dan membantah tindakan Senator Isaiah Jacob berterusan menggunakan istilah “specially abled” yang jelas bertentangan sama sekali dengan istilah yang diperakui oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan termaktub dalam Akta Orang Kurang Upaya 2008.

Presiden OKU Sentral Ras Adiba Radzi berkata istilah ‘orang kurang upaya’ telah diterima secara meluas dan dipersetujui di Malaysia apabila merujuk kepada komuniti berkenaan.

Beliau berkata penggunaan bahasa eufemistik melemahkan perjuangan dan cabaran yang dihadapi oleh komuniti OKU, di samping mengalihkan perhatian daripada isu kritikal yang memerlukan perhatian segera.

Dengan menyokong perubahan dalam istilah daripada OKU kepada kepada 'keupayaan khas' atau 'kelainan upaya' seperti yang dicadangkan oleh Senator Jacob, menurutnya ia mungkin menyebabkan Malaysia ditegur oleh masyarakat antarabangsa dan PBB.

“Malaysia telah meratifikasi Konvensyen Mengenai Orang Kurang Upaya (CRPD) PBB pada 2010, dan sebarang kelewatan dalam menangani isu istilah boleh menghalang kemajuan dalam memperbaiki keadaan orang kurang upaya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ras Adiba berkata sekiranya Senator Jacob yang diberi mandat untuk mewakili suara komuniti OKU berhasrat untuk memberi tumpuan kepada aspek bahasa, langkah praktikal yang pertama adalah untuk menghapuskan istilah ‘cacat’ atau ‘kecacatan’ daripada dokumen kerajaan dan menggantikan ia kepada istilah yang lebih bermaruah seperti ‘kurang upaya’.

Beliau berkata ketika ini kerajaan masih menggunakan ‘Borang C (Cacat)’ yang terdapat dalam Kementerian Pendidikan berkaitan keperluan penginapan.

MENARIK:  Rayuan Rosmah kes solar didengar 23, 24 Okt

Beliau turut menyeru agar lebih banyak libat urus serta kolaborasi dan tindakan lebih bermakna yang mengutamakan tindakan substantif ditampilkan, dalam menangani keperluan dan cabaran yang dihadapi komuniti OKU.

“Ini termasuk usaha untuk mengukuhkan undang-undang dan dasar, meningkatkan kebolehcapaian dan infrastruktur, menggalakkan pekerjaan dan penyertaan ekonomi, meningkatkan akses dan kesejahteraan penjagaan kesihatan, serta menegakkan hak dan keterangkuman untuk semua ahli komuniti OKU,” katanya.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular