Operasi kesan mangsa tanah jerlus genap seminggu

Shopee Sale

Operasi mencari wanita warga India yang hilang dalam insiden tanah jerlus di Jalan Masjid India, Kuala Lumpur pada Jumaat lalu kini memasuki hari ketujuh.

Tinjauan Bernama di lokasi pada jam 9 pagi tadi mendapati pasukan operasi mencari dan menyelamat (SAR) terdiri daripada Polis Diraja Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan Angkatan Pertahanan Awam sudah bersiap siaga di lokasi untuk meneruskan operasi.

Difahamkan operasi SAR hari ini akan tetap tertumpu di sekitar lokasi utama kejadian di Jalan Masjid India.

Tinjauan juga mendapati bilangan premis perniagaan sekitar lokasi yang beroperasi kian berkurang atas faktor garisan kuning polis dipanjangkan menutupi Jalan Masjid India bagi menjaga keselamatan awam.

Pada 23 Ogos lalu seorang wanita dikenali sebagai Vijayaletchumy, 48, hilang selepas terjatuh ke lubang sedalam lapan meter susulan insiden tanah jerlus semasa melalui jalan itu untuk ke kuil berhampiran.

Operasi SAR diaktifkan pada hari sama melibatkan anggota dari pelbagai pasukan keselamatan dan pihak berkuasa tempatan yang telah menggunakan pelbagai teknik termasuk penggunaan unit anjing pengesan (K9) dan kaedah jetting.

MENARIK:  12 saham syarikat Malaysia disenarai paling baik di Asia Tenggara

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular