Ops Lalang: Bekas hakim cadang kerajaan mohon maaf terbuka

Shopee Sale

Kerajaan hari ini harus memohon maaf secara terbuka atas Operasi Lalang, kata bekas hakim Mahkamah Rayuan Hishamudin Yunus.

Jelasnya, operasi itu tidak akan berlaku jika Perlembagaan Persekutuan dihormati.

“Saya mencadangkan agar kerajaan sekarang, walaupun tiada kaitan dengan Operasi Lalang, perlu memohon maaf, permohonan maaf secara terbuka kepada mangsa Operasi Lalang,” katanya semasa berucap pada majlis peringatan ulang tahun ke-10 pemergian peguam yang juga pemimpin DAP Karpal Singh malam tadi.

Operasi itu berlaku pada 1987 ketika Dr Mahathir Mohamad berkhidmat sebagai perdana menteri.

Seramai 106 aktivis, wartawan dan ahli politik pembangkang ketika itu ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Sejak itu, beberapa tahanan telah tampil dan berkata bahawa mereka dipukul dan melalui penyeksaan mental.

Pada 2017, Mahathir mengaku bertanggungjawab atas peristiwa itu tetapi tidak meminta maaf, menegaskan ia bukan keputusannya.

Sementara itu, Hishamudin merujuk krisis kehakiman 1988 sebagai satu lagi peristiwa memalukan yang tidak boleh dilupakan.

“Dua episod memalukan di atas tidak boleh dilupakan kerana ia adalah pengajaran untuk dipelajari.

“Kita sebagai sebuah negara tidak boleh membenarkan satu lagi Operasi Lalang berulang.

"Kita sebagai sebuah negara mesti memastikan bahawa tidak akan pernah berlaku serangan yang memalukan terhadap badan kehakiman kita," katanya.

Mahathir adalah perdana menteri ketika krisis kehakiman itu dan dia dikecam susulan pemecatan hakim yang mengisytiharkan Umno sebagai haram.

MENARIK:  Kekal tenang, teruskan boikot - Akmal

Bagaimanapun, dia mendakwa dia hanya bertindak atas arahan Yang Di-Pertuan Agong ketika itu, Almarhum Sultan Iskandar Ismail.

Namun, anakanda Sultan Iskandar, Tunku Abdul Majid Idris, berkata Mahathir "menggunakan" ayahandanya untuk memecat ketua hakim negara Salleh Abbas.

Di bawah pengganti Mahathir, Abdullah Ahmad Badawi, kerajaan memohon maaf kepada hakim yang tekesan atas pemecatan berkenaan dan memberikan mereka pampasan ex-gratia.

Usaha perdamaian itu diawasi oleh menteri undang-undang ketika itu, Zaid Ibrahim.

Pemecatan Salleh dilihat secara meluas sebagai permulaan kehilangan kebebasan badan kehakiman.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular