Orang boikot KK Mart lawan prinsip keadilan Islam, kata mufti Perak

Shopee Sale

Mufti Perak, Wan Zahidi Wan Teh berpandangan tindakan masyarakat Muslim yang memboikot kedai serbaneka KK Mart atas tuduhan menghina agama sebenarnya  melawan prinsip keadilan Islam.

Hal ini kerana niat dan keinginan sengaja melakukan sesuatu jenayah (alqasdul jinaein) adalah rukun penting dalam sistem kehakimina Islam. Namun prinsip ini, katanya hanya boleh dibuktikan melalui pengakuan dan bukti keadaan (qarainul ahwal).

"Daripada penjelasan yang dibuat oleh pihak pengurusan KK Mart dan permohonan maaf secara terbuka terhadap insiden yang berlaku serta penjelasan yang dibuat kepada Jakim (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia), ternyata kewujudan rukun alqasdul jinaein ini tidak dapat dibuktikan.

“Dengan demikian, berasaskan kaedah kehakiman Islam, tuduhan menghina agama Islam terhadap pengurusan KK Mart tidak terbukti,” katanya kepada media.

Zahidi turut menambah bahawa perbuatan memboikot ke atas barangan bukan Islam adalah bertentangan dengan sunnah Nabi Muhammad SAW yang  yang tidak membenarkan bahan asasi manusia iaitu makanan diboikot jika berlaku pertikaian dengan musuh Islam.

“Tindakan memboikot terhadap sesuatu kaum tidak selari dengan sunnah Rasulullah SAW berdasarkan kisah Baginda meminta Ketua Qabilah Yamamah Thumamah bin Uthal supaya menghentikan sekatan bahan makanan kepada kaum Quraisy yang bermusuhan terhadap Islam,” katanya.

Pada 26 Mac lalu, Chai Kee Kan dan isterinya, Loh Siew Mui selaku pengarah KK Supermart & Superstore Sdn Bhd mengaku tidak bersalah atas pertuduhan berniat dengan sengaja melukakan perasaan orang Islam dengan mempamerkan stoking tertera kalimah Allah di rak pameran jualan.

Mereka didakwa melakukan kesalahan itu di KK Supermart & Superstore Sdn Bhd, Bandar Sunway pada 6.30 pagi 13 Mac lepas, mengikut Seksyen 298 Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman penjara sehingga setahun atau denda atau dengan kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Insiden tersebut membangkitkan kemarahan masyarakat Muslim sehingga ada pemimpin yang turut menyeru agar kedai serbaneka itu diboikot.

Susulan kemarahan itu, terdapat tiga insiden usaha membakar cawangan KK Mart di Perak, Pahang dan Sarawak.

Mengulas lanjut, Zahidi menyeru kepada pendakwah agar sentiasa mencontohi kepemimpinan Nabi Muhammad SAW dalam menyebarkan dakwah Islam yang lunak dan adil kepada kesemua lapisan masyarakat temasuk golongan bukan Islam.

MENARIK:  ULASAN | Amanah melepas, terlepas peluang

"Nabi Muhammad membentuk piagam Madinah bagi mengatur hubungan antara pelbagai etnik dalam negara Islam pertama yang ditubuhkan di Madinah. Piagam ini menyamaratakan hak dan tanggungjawab antara warga Muslim dan bukan Muslim.

“Piagam ini menyatakan bahawa warga bukan Muslim membentuk satu ummah bersama umat Islam. Diri dan harta benda mereka dilindungi sama seperti harta benda warga Muslim.

"Dalam sebuah hadith Nabi Muhammad menyatakan bahawa sebarang penganiayaan terhadap warga bukan Muslim akan berhadapan dengan pendakwaan oleh Baginda sendiri di akhirat kelak, malah menganggap tindakan sedemikian seperti ditujukan kepada Baginda sendiri," katanya.

Ditanya mengapa baharu sekarang kenyataan tersebut dikeluarkan, Zahidi berkata, ia perlu mengambil masa kerana kerana rujukan ilmiah perlu dibuat bersandarkan fakta-fakta yang sahih di samping mengambil kira perkembangan semasa.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular