'Orang selalu judi tahu istilah judi' – Pemimpin PKR balas Nur Jazlan

Shopee Sale

Hanya yang biasa bermain judi sahaja tahu istilah ‘poker’ atau ‘mesin kuda’, kata Timbalan Ketua PKR Shah Alam, Mohd Najwan Halimi sebagai membidas kenyataan Ketua Umno Pulai Nur Jazlan Mohamed.

Mohd Najwan yang mengulas kritikan ahli Majlis Tertinggi Umno itu, berkata sewajarnya Umno dan Pakatan Harapan (PH) mencari titik pertemuan untuk memantapkan lagi kerjasama.

"Saya tak berupaya mengupas dengan perumpamaan seperti ‘poker’ atau ‘mesin kuda’ kerana saya tidak pernah bermain judi.

"Biasanya, yang selalu main judi sahaja yang tahu istilah-istilah dan teknik-teknik berkaitan permainan tersebut.

"Namun, saya kira apa yang sewajarnya menjadi keutamaan kita sebagai pimpinan parti baik dari PH mahupun dari BN adalah mencari titik temu dalam memantapkan lagi kerjasama dan hubungan di antara keduanya," katanya dalam kenyataan di media sosial X.

Terdahulu, Jazlan pada hantaran terbarunya di media sosial menggunakan perumpamaan permainan daun terup ‘poker’ dan beberapa sindiran lain untuk menekankan kepentingan PH menerima cadangan dan teguran agar perbezaan dalam kerajaan perpaduan dapat diselesaikan sebelum pilihan raya umum yang akan datang.

Nur Jazlan Mohamed.

"Dalam konteks permainan ‘poker’ politik ni, hanya mereka yang benar-benar ada skill (kemahiran), kekuatan dan pengalaman saja yang layak dan mampu bertahan di meja utama.

"Bagi saya hanya Umno, DAP dan GPS saja yang boleh diibaratkan sebagai pemain ‘poker’ profesional yang tahu bila nak ‘bluff’ bila nak ‘raise’ dan bila nak ambil risiko.

"Parti ini saja pemain sebenar dalam politik Malaysia sejak awal merdeka dulu," kata Nur Jazlan yang juga timbalan Yang Dipertua Dewan Negara.

MENARIK:  Keputusan Muhyiddin mohon semakan dijadual semula ke 11 Sept

Sementara itu, Mohd Najwan berkata kepimpinan Umno Johor perlu belajar daripada kepimpinan Menteri Besar Selangor Amirudin Shari Dan Menteri Besar Perak Shaarani Mohamad.

“Di Selangor, Umno hanya menang dua kerusi dewan negeri namun atas semangat perpaduan, Ahli Dewan Negeri dari Umno turut dilantik menganggotai Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) Selangor.

"Begitu juga di Perak, meski pun PH menang 24 kerusi dewan undangan negeri, namun atas semangat perpaduan, jawatan menteri besar diserahkan mandat kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) dari BN yang hanya sekadar menang sembilan kerusi.

"Sebagai menghargai persefahaman tersebut, menteri besar Perak melantik tujuh Adun PH sebagai ahli MMKN (Exco kerajaan negeri) Perak," katanya.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular