PAC bimbang projek dimulakan walaupun kontrak belum muktamad

Shopee Sale

PARLIMEN l Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) hari ini melahirkan kebimbangan berhubung kebanyakan isu yang disiasat oleh jawatankuasa itu mempunyai elemen meragukan.

Pengerusi PAC, Mas Ermieyati Samsudin, berkata antaranya proses pembangunan sesuatu projek yang dimulakan terlebih dahulu walaupun kontrak masih belum dimuktamadkan.

“Selain itu, kelewatan pelaksanaan projek berpunca daripada pengundian kontraktor yang tidak cekap dan kelemahan dalam memantau pengurusan projek.

"Bagaimanapun PAC berpendapat tindakan korektif yang diambil pihak bertanggungjawab bagi menyelesaikan segala masalah berbangkit sehatusnya dipuji.

"Namun lebih elok jika kesemua projek dilaksanakan secara teratur tanpa sebarang masalah agar rakyat dapat menikmati manfaatnya," katanya dalam sidang media di Parlimen, hari ini.

Dalam pada itu, Mas Ermieyati turut memaklumkan beberapa individu berkaitan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) akan dipanggil Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC), Jun depan.

PAC mula prosiding LTAT, NIISe selepas Aidilfitri

Mas Ermieyati berkata antara mereka adalah bekas Pengerusi LTAT, Jeneral (B) Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor; bekas Ketua Pegawai Eksekutif LTAT, Ahmad Nazim Abd Rahman serta mantan Pengarah Kanan Strategi Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT), Dayana Rogayah Omar.

"Sebanyak dua prosiding baharu akan dimulakan selepas sambutan Hari Raya Aidilfitri iaitu LTAT yang akan dilaksanakan berdasarkan Peraturan Mesyuarat 77 (1) (c) Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat," katanya.

Awal Mac lalu, PAC berkata pihaknya akan memanggil tiga bekas pengurusan LTAT bagi memberi penjelasan berhubung pendedahan rizab kewangan agensi itu yang negatif seperti dilaporkan dalam Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) yang dibentang pada 6 Mac lalu.

Malah PAC tidak menolak untuk memanggil Menteri Pertahanan, Mohamed Khaled Nordin memandangkan isu itu amat kritikal yang membabitkan 122,935 pencarum terdiri daripada anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

MENARIK:  Pertikai buka kantin sekolah: PN buktikan politik mereka tak serasi, kata MP

Satu lagi prosiding baru yang akan dimulakan adalah isu Pembangunan dan Perolehan Sistem Imigresen Bersepadu Nasional (NIISe) yang akan dijalankan berdasarkan Peraturan Mesyuarat 77 (1) (d).

Mas Ermieyati berkata prosiding itu akan memanggil saksi daripada Kementerian Dalam Negeri (KDN), Jabatan Imigresen (JIM), dan Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU).

Antara lain adalah Cybersecurity, vendor-vendor berkaitan dengan sistem tersebut termasuklah Sistem Keselamatan Imigresen Nasional Negara (SKIN).

"PAC memutuskan untuk memulakan prosiding ini berikutan jawatankuasa ini terkesan dengan keputusan Mahkamah Tinggi yang memerintahkan kerajaan membayar RM231.5 juta kepada sebuah syarikat atas penamatan kontrak bagi projek SKIN yang kini dikenali sebagai NIISe," katanya lagi.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular