Padu: Kem Ekonomi jumpa kerajaan Sarawak minggu depan

Shopee Sale

Kementerian Ekonomi akan mengadakan pertemuan dengan kerajaan Sarawak minggu hadapan bagi membincangkan mengenai pendaftaran Pangkalan Data Utama (Padu).

Menterinya Rafizi Ramli berkata ia berikutan wujudnya arahan oleh kerajaan negeri agar pendaftaran dan kemas kini Padu di negeri itu ditangguhkan.

“Setakat ini, saya difahamkan arahan untuk pendaftaran ditangguhkan hanya tertakluk kepada pegawai dan kakitangan kerajaan negeri sahaja.

“Kita telah menghubungi kerajaan Sarawak dan minggu depan Kementerian Ekonomi akan duduk (berbincang) berkenaan hal ini dengan mereka,” katanya pada sidang media selepas sesi dialog awam Padu di Shah Alam hari ini.

Rafizi berkata arahan supaya ditangguhkan pendaftaran Padu itu adalah untuk membolehkan kerajaan negeri mendapatkan penjelasan Kementerian Ekonomi berdasarkan beberapa pandangan susulan mesyuarat kabinet negeri.

Rafizi berkata dari segi pendaftaran, penduduk Sarawak boleh terus mendaftar seperti biasa menerusi portal Padu, malah setakat minggu lepas, Sarawak antara negeri merekodkan pendaftaran tertinggi.

Mengulas kenyataan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Abdul Karim Rahman Hamzah bahawa pendaftaran Padu ibarat ‘membogelkan’ maklumat peribadi setiap orang, Rafizi berkata itu adalah sekadar pandangan peribadi.

Rafizi juga memaklumkan kerajaan tidak bercadang untuk melanjutkan tempoh pendaftaran dan kemas kini Padu yang dijadual berakhir pada 31 Mac ini.

Sehingga 11.59 malam tadi (22 Mac), seramai 7.07 juta rakyat telah mendaftar dan mengemas kini sistem Padu.

Dalam perkembangan lain, Rafizi menafikan subsidi petrol akan ditarik balik sebelum Aidilfitri.

MENARIK:  Tiga maut, lima cedera kemalangan di Kunak

“Tidak betul. Siapa yang buat khabar angin itu? Mustahil akan ada sebarang keputusan mengenai subsidi petrol dan diesel terlalu dekat dengan 31 Mac ini (tarikh akhir pendaftaran Padu).

“Ini kerana kita perlukan data itu dibersihkan terlebih dahulu… apabila kita lihat pada garis masa, memang kita perlukan empat ke lima bulan pertama tahun ini untuk menyelesaikan soal sistem sokongan (Padu) terlebih dahulu,” katanya.

Semalam, satu portal berita dalam talian melaporkan sebuah firma penyelidikan memberi jangkaan bahawa harga RON95 dan diesel akan melonjak dalam masa terdekat.

Ia berikutan pengapungan mengikut harga pasaran bagi RON95 dan diesel boleh menjimatkan subsidi bahan api kerajaan sebanyak RM29 bilion.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular