Pakej internet berkelajuan tinggi untuk sekolah mulai 1 Julai

Shopee Sale

Kerajaan akan menyediakan pakej khas langganan internet jalur lebar talian tetap berkelajuan tinggi untuk dilanggan sekolah-sekolah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mulai 1 Julai ini.

Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata pakej khas melalui pelaksanaan projek Point of Presence (PoP) itu akan menawarkan internet berkelajuan tinggi yang lebih stabil dengan harga lebih murah berbanding talian mudah alih.

"Perinciannya akan diumumkan (nanti), tetapi mulai 1 Julai sekolah-sekolah di bawah KPM, ada 10,000 sekolah, akan dapat memilih pakej-pakej internet lebih laju, lebih murah.

“Kerajaan berharap agar infrastruktur telekomunikasi yang disediakan ini dapat dimanfaatkan sebaiknya oleh rakyat khususnya di negeri Sabah untuk meningkatkan taraf hidup, melancarkan proses pengajaran dan pembelajaran, serta menerokai gaya hidup baharu yang lebih berkualiti,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada program tinjauan PoP di Menara Balimbang, Sekolah Kebangsaan Balimbang, Pulau Bum Bum, di Semporna, Sabah hari ini.

MENARIK:  Parti baru Ramasamy mulakan kempen 'jangan undi PH'

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular