Pang janji akan segera pindah ke KKB

Shopee Sale

Calon PH Pang Sock Tao yang menang pilihan raya kecil DUN hari ini merakamkan ucapan terima kasih kepada pengundi yang telah memilihnya.

Katanya, dia akan berpindah ke Kuala Kubu Bharu secepat mungkin dan berikrar untuk menjadi wakil rakyat untuk semua masyarakat tanpa mengira kaum dan agama.

"Perkara pertama yang saya akan lakukan adalah mendengar aduan pengundi Kuala Kubu Bharu dan mencari masalah terdesak kepada penduduk tempatan dan saya akan bekerjasama bergerak sebagai pasukan selesaikan masalah tempatan untuk menjamin kesejahteraan rakyat.

"Saya akan menjadi wakil rakyat kepada semua penduduk KKB tanpa mengira agama dan bangsa dan latar belakang.

"Sepanjang kempen saya berada di sini dan saya akan pindah ke sini secepat mungkin," katanya kepada media ketika ditemui di Kuala Kubu Bharu malam ini.

Pang berjaya mempertahankan kerusi itu dalam persaingan empat penjuru apabila meraih 14,000 undi berbanding calon PN Khairul Azhari Saut memperoleh 10,131 undi.

Hafizah Zainuddin mewakili PRM pula memperoleh 152 undi dan calon Bebas Nyau Ke Xin mendapat 188 undi dengan masing-masing hilang wang deposit.

MENARIK:  Kanak-kanak dilarikan guna kereta hitam ditemukan selamat

Tang menang dengan majoriti 3,869 undi.

Pengawai pengurus pilihan raya Yuhanas Auree Kamaruddin mengumumkan kemenangan Pang.

PRK Kuala Kubu Bharu diadakan susulan kematian penyandangnya, Lee Kee Hiong yang mewakili PH pada 21 Mac lalu.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular