Pang mulakan tugas sebagai Adun baru KKB

Shopee Sale

Pang Sock Tao hari ini memulakan tugasnya sebagai Adun baru Kuala Kubu Bharu (KKB) dengan bertemu masyarakat di Pasar Rasa, dekat Hulu Selangor.

Kehadiran Pang, 31, bersama suami Yap Bing Yew, 32, pada sembilan pagi disambut orang ramai yang berada di situ.

Dia meluangkan masa hampir setengah jam bertemu penduduk bagi menyampaikan penghargaan dan memberikan kuntuman bunga sempena Hari Ibu kepada golongan wanita yang berada di pasar berkenaan.

Hari Ibu disambut pada 12 Mei setiap tahun.

Dia seterusnya bergerak ke Pasar Awam KKB bertemu masyarakat untuk mengucapkan terima kasih.

Pang ketika ditemui media selepas itu berkata Pusat Khidmat Adun akan mula dibuka Selasa ini selain meluahkan keterujaannya untuk berkhidmat kepada warga KKB.

"Saya akan mendahulukan masalah tempatan yang mempengaruhi penduduk seperti lampu jalan raya dan longkang. Saya akan bekerjasama dengan Malis Perbandaran Hulu Selangor untuk selesaikan masalah tempatan dahulu.

"Untuk jangka masa panjang seperti yang dinyatakan dalam manifesto, saya akan berusaha untuk meningkatkan kelajuan dan liputan internet dan menaik taraf sistem pengangkutan dengan mewujudkan bas pelancongan pada hujung minggu," katanya.

MENARIK:  IGP: Polis siasat ancaman Jemaah Islamiyah di M'sia

Pang menang dengan majoriti 3,869 undi menewaskan tiga pencabarnya Khairul Azhari Saut (PN), Hafizah Zainuddin (Parti Rakyat Malaysia) dan Nyau Ke Xin (Bebas).

-Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular