Papagomo bebas dengan jaminan polis

Shopee Sale

Polis mengesahkan blogger Wan Muhammad Azri Wan Deris atau lebih dikenali Papagomo yang ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes penipuan kutipan dana menggunakan nama sebuah syarikat, dibebaskan semalam dengan jaminan polis.

Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata Wan Muhammad Azri dibebaskan selepas polis selesai merekod keterangannya mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

"Setakat ini 16 orang sudah dirakam percakapan bagi membantu siasatan," katanya dalam kenyataan, di Kuala Lumpur hari ini.

Media sebelum ini melaporkan Wan Muhammad Azri, 41, ditahan oleh Pasukan Siasatan Jenayah Pengubahan Wang Haram (AMLA) Bukit Aman di kediamannya di Putrajaya, pada pukul 1.30 pagi semalam, bagi membantu siasatan berkaitan kes memanipulasi nama sebuah syarikat untuk mengutip dana daripada orang awam.

MENARIK:  Peguam: Pertimbang undang-undang penggunaan media sosial kanak-kanak

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular