Papar diisytihar kawasan bencana kemarau

Shopee Sale

Daerah Papar diisytiharkan sebagai kawasan bencana kemarau bermula hari ini berikutan krisis bekalan air akibat kemarau yang melanda kawasan tersebut sejak beberapa minggu lalu.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Papar dalam kenyataan memaklumkan pengisytiharan itu dibuat berdasarkan laporan dan maklumat yang diperoleh di lapangan yang diterima agensi dalam jawatankuasa tersebut.

Tindakan telah diambil oleh JPBD Papar untuk menangani masalah bekalan air di daerah itu antara lain dengan pengagihan air secara berjadual kepada penduduk menggunakan lori tangki air daripada Jabatan Air Negeri Sabah (JANS), Majlis Daerah Beaufort dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM)

JANS Papar akan memberi keutamaan kepada hospital, rumah ibadat, rumah warga tua dan sekolah, Majlis Daerah Papar memberi keutamaan kepada kawasan-kawasan perumahan manakala pejabat Parlimen Papar membekalkan air di kawasan perkampungan.

Sementara itu Pengerusi JPBD Papar, Mohd Fuad Abdullah yang juga Pegawai Daerah Papar ketika dihubungi meminta semua penduduk supaya bertenang dan memahami pengisytiharan itu adalah untuk bencana kemarau dan bukan pengisytiharan darurat.

Beliau berkata pengisytiharan, yang dilakukan mengikut peraturan sedia ada, itu perlu dilakukan bagi memastikan tindakan segera dan berkesan dapat diambil bagi membantu penduduk yang terkesan akibat bencana kemarau itu.

MENARIK:  Malaysia-Pakistan setuju perhebat hubungan dagangan, pelaburan

“JPBD Papar akan pastikan bekalan air dihantar menggunakan lori tangki air kepada penduduk dan mereka yang memerlukan,” katanya yang turut meminta mereka yang terjejas untuk menghubungi JPBD Papar untuk bantuan lajut.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular