Parallel pathway: Pemimpin PN pertahan kritikan pedas terhadap Akmal

Shopee Sale

Seorang pemimpin parti komponen PN mempertahankan kritikan kerasnya terhadap Dr Akmal Saleh selepas ketua pemuda Umno itu mengeluarkan amaran keras bahawa Universiti Teknologi Mara (UiTM) mesti kekal hanya untuk bumiputera.

“Eh, tak ada mana-mana orang non Bumi yang pertikai. Jangan melalut, melulu sampai delulu YB,” kata Ketua Penerangan Kebangsaan Parti Masyarakat India Malaysia (MIPP), M Suthan.

“Menteri sebenar dah keluar jaminan, Akta UiTM dan secara jujurnya, kami (bukan bumiputera) tak heran pun nak masuk UiTM.

“(Akmal ialah) 'kokoi fella'! Kami tidak kisah jika kamu ingin sensasikan sesuatu untuk batu loncatan kamu dalam politik. Tapi lain kali, jangan libatkan kaum bukan bumiputera dalam khayalan dan cakap-cakap perkauman kamu,” kata Suthan dalam video TikTok selama seminit itu.

Akmal baru-baru ini menyatakan sokongan kepada pelajar UiTM yang memprotes kemasukan bukan bumiputera dalam program pascasiswazah pembezahan kardiotorasik universiti itu.

Menerusi video yang dimuat naik di Tik Tok, dia berkata UiTM harus kekal hanya untuk bumiputera dan menegaskan masih ada universiti awam lain yang terbuka kepada bukan bumiputera.

“Jangan ganggu UiTM, UiTM kekal milik bumiputera dulu, kini dan selamanya.

“Bila kita mempertahankan hak, kita tak pernah ambil hak orang lain. Kita tak pernah rampas hak kaum lain. Malah kita bantu lagi,” katanya ketika berucap dalam satu majlis di Melaka.

Bercakap kepada Malaysiakini hari ini, Suthan mempertahankan penggunaan kata-kata tersebut dalam mengecam Akmal.

Mengenai gelaran "kokoi fella" terhadap pemimpin Umno itu, Suthan berkata ia hanya bermaksud "kuih yang belum masak".

“Saya hanya memanggilnya 'kokoi' (dalam video TikTok), tidak ada salahnya. Ia adalah slanga India utara.

“Dalam kes ini, saya ingin mengatakan bahawa Akmal masih sangat tidak matang. Dia main politik perkauman, mewujudkan perpecahan dan huru-hara supaya dia boleh popular.

“Memanggil dia 'kokoi fella' adalah sangat tepat. Saya rasa ramai orang India akan setuju,” katanya.

Bahasa kesat?

Selain itu, Suthan turut menjelaskan kenyataan "orang tak goncang, dia dah pancut" dalam video itu.

Dia menjelaskan maksud sebenar ayat berkenaan telah dijelaskan dalam sari kata bahasa Inggeris yang disertakan dalam klip pendek itu.

MENARIK:  Dua doktor cabar MPM tolak kelayakan ditawar kerja di London

“Saya sediakan terjemahan untuk frasa dalam video itu, iaitu 'tiada siapa yang kata apa-apa, dia (Akmal) mula mengeluarkan b***s***'.

“Ia tidak dikatakan secara tidak senonoh atau visual atau dalam audio. Ia tidak dikatakan dengan cara yang salah.

“Kalau tanya orang Kedah, macam tulah yang diperkatakan. Tiada apa-apa yang berunsur seksual mengenainya,” katanya.

Ditanya sama ada dia sengaja cuba memprovokasi Akmal dengan kata-kata sebegitu, Suthan berkata ketua pemuda Umno itu lebih lama menghasut masyarakat.

“Bukan kita atau saya. Kami hanya minta dia supaya tidak mengheret kita ke dalam politik perkauman,” tambahnya.

BACA: PANDUANKINI | Apakah parallel pathway, mengapa menjadi isu?

Pada 25 April, portal kesihatan Codeblue melaporkan Raja Amin Raja Mokhtar, ahli lembaga program pascasiswazah pembezahan kardiotoraks UiTM-IJN (Institut Jantung Negara), berkata universiti itu bersetuju membuka kursus itu kepada bukan bumiputera.

UiTM merupakan satu-satunya universiti yang menawarkan program Parallel pathway dengan kerjasama IJN dalam bidang kardiotoraks, yang terdiri daripada pembezahan dan penjagaan penyakit jantung dan paru-paru.

Walaupun begitu, Menteri Pengajian Tinggi, Zambry Abdul Kadir berkata belum ada perbincangan mengenai kebenaran kemasukan bukan bumiputera dan isu itu telah bertukar menjadi perbalahan.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular